Home > Peristiwa > Keputusan STPM 2011

Keputusan STPM 2011

Oleh: Lyana Kamarudin (wartawan SMKDS)

Foto: Lyana Kamarudin

Para calon cemerlang STPM 2011 yang berjaya mendapat 4 Prinsipal dan 5 Prinsipal mengabadikan kenangan di perkarangan SMKDS.

PARIT SULONG, 7 Mac 2012 –  Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Keputusan peperiksaan STPM 2011 diumumkan pada pagi ini. Para calon mula hadir ke sekolah mulai jam 11.30 pagi lagi.  Bertempat di bilik gerakan, mereka diberikan taklimat ringkas mengenai majlis graduasi yang bakal diadakan pada 24 Mac 2012.

Sejurus selesai sesi taklimat yang disampaikan oleh En. Kamil bin Jikan, barulah para calon berbaris untuk mengambil keputusan masing-masing.  Pelbagai reaksi dapat diperhatikan dari wajah-wajah mereka. Apa yang lebih mengharukan, terdapat seorang calon yang mendapat keputusan cemerlang membuat ritual sujud syukur sejurus melihat keputusan yang diperolehnya. Tindakan spontan beliau dek tidak menyangka dengan apa yang dicapainya itu benar-benar membuat hati para guru tersentuh.

Secara keseluruhannya pencapaian pada kali ini ada sedikit kemerosotan berbanding tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun, usaha dan kerja keras para guru tetap dihargai. Mungkin rezeki tidak menyebelahi. Cuba lagi tahun hadapan.

      

    

Berani berkorban untuk berubah,

Kejayaan adalah ganjarannya

Categories: Peristiwa
  1. aiman
    March 29, 2012 at 11:13 am

    tahniah3!!!!!

  2. Apiz
    March 29, 2012 at 11:25 am

    taniah kepada calon stpm pada tahun 2011 yang telah cemerlang mendapat 4 prinsipal dan 5 prinsipal~~~~ oleh itu, calon-calon pada tahun ini harus berusaha untuk berjaya seperti mereka😉

  3. Pn Zarina Ishak
    March 31, 2012 at 5:07 pm

    Insyaallah tahun ini kami semua akan menggandakan usaha dan doa.

  4. April 9, 2012 at 10:41 am

    taniah kepada kepada sesiapa yang mendapat keputusan yang baik…🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: