Home > Peristiwa > Perkhemahan St. John Ambulans

Perkhemahan St. John Ambulans

Oleh : Lailatul Kamal

Foto : Lailatul Kamal

  

  

  

  

PARIT SULONG ,10 Mac 2012 – Perkhemahan unit beruniform St.John Ambulance telah pun diadakan di SMK Dato’ Sulaiman selama dua hari satu malam. Aktiviti perkhemahan ini juga diadakan pada setiap tahun dan aturcara dimulakan dengan pendaftaran para peserta dari 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi. Seramai 2 orang guru pembimbing iaitu Cik Mazlyana dan Puan Nor Hashi’in serta lebih kurang 90 orang murid termasuk AJK St.John Ambulance dan beberapa orang AJK Pengakap yang turut sama membantu bagi menjayakan aktiviti perkhemahan ini. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan asas tentang pertolongan cemas. Banyak aktiviti yang telah di lakukan semasa perkhemahan ini. Antaranya ialah :

  • kawad kaki
  • ceramah dan praktikal pertolongan cemas
  • explorace
  • malam kebudayaan
  • ‘sayang si buta’
  • permainan galah panjang

Pada hari pertama, aktiviti dimulakan dengan kawad kaki yang dibimbing oleh AJK St.John. Dalam sesi ini, mereka diberi tunjuk ajar cara yang betul untuk berkawad statik. Kemudian, para pelajar didedahkan dengan taklimat dan praktikal pertolongan cemas oleh Cik Mazlyana. Pada sebelah petang pula, aktiviti explorace telah dijalankan. Banyak aktiviti yang mencabar dalam permainan ini seperti meredah parit dan melalui kebun kelapa sawit.

Program Sayang Si Buta & Galah Panjang

Dalam aktiviti ini, semua peserta dikehendaki menutup mata mereka menggunakan kain anduh atau sebarang kain. Mereka akan berbaris mengikut kumpulan masing – masing. Sampai di satu tempat mereka akan dipisahkan satu persatu.
Pada keesokan harinya, aktiviti diteruskan lagi dengan senam robik dan permainan galah panjang yang di adakan di dewan. Sebelum pulang, hadiah telah disampaikan kepada para pemenang.
Perkhemahan ini berlangsung dengan jayanya dan memberi banyak kebaikan kepada para pelajar antaranya ialah semangat berpasukan yang tinggi dan berdikari.

For the Service of Mankind

Categories: Peristiwa
  1. April 5, 2012 at 9:44 am

    Sedihnya tak dapat sertai perkhemahan nie😦

  2. hajar98
    April 5, 2012 at 9:54 am

    eehh,, best nya .. kan best kalau dapat sertainya juga.. happy days …🙂
    i like it…

  3. wani98
    April 5, 2012 at 9:56 am

    nak pergi jugak….

  4. aida,huda
    April 9, 2012 at 10:44 am

    rugi siapa yang tak sertai perkhemahan ni, yang paling best explorace….hahahaha

    • yanie sarman
      April 15, 2012 at 9:50 pm

      best sbb msok parit kn..
      hahaha xD

  5. April 9, 2012 at 11:04 am

    bestnya…korang rugi aku tak pegi….

  6. yana
    April 23, 2012 at 10:38 am

    tahun depan aku pon nk join jugak lah…:)

  7. aida
    April 23, 2012 at 10:43 am

    aku dah join dah.Habis kasut aku masuk lumpur, nasib baik diorang dah ingatkan suruh pakai kasut lama kalau tak…..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: