Home > Peristiwa > Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar Pra-U

Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar Pra-U

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Zarina Ishak

PARIT SULONG, 11 Februari 2012 – Majlis penyerahan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) diadakan di Dewan Bestari, SMK Dato’ Sulaiman pada petang ini. Majlis yang disempurnakan oleh YB Dato’ Noraini binti Hj. Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong ini disertai oleh 3 buah sekolah berdekatan iaitu SMK Dato’ Onn, SMK Semerah dan SMK Seri Medan. Majlis penyerahan baucar ini berlaku serentak bagi semua kawasan parlimen di Daerah Batu Pahat.

Seperti mana  yang kita tahu, pihak kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar. Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Para pelajar Tingkatan 6 (Pra-U) diberikan 4 keping baucar yang setiap satunya bernilai RM50. Berikut adalah jumlah penerima BB1M mengikut sekolah :

  • SMK Dato’ Sulaiaman : 59 orang
  • SMK Dato’ Onn              : 32 orang
  • SMK Semerah                : 32 orang
  • SMK Seri Medan           : 51 orang
   

   

Categories: Peristiwa
  1. Pn Zarina Ishak
    March 31, 2012 at 5:01 pm

    Terima kasih Yana.
    Semasa majlis ini berlangsung seorang pelajar Ting 6 sekolah kita iaitu sdr Azrol bin Ahmad sedang menerima rawatan di hospital BP. Tetapi dia disahkan meninggal dunia pada hari Isnin 13 Feb 2012. Ahli keluarga yang menerima baucar tersebut telah membelikan Surah Yasin dan alat tulis dan dihadiahkan kepada rakan-rakan Tingkatan 6. Al Fatihah untuk Allahyarham Azrol.

  2. aida
    April 23, 2012 at 10:46 am

    Al-Fatihah buat saudara Azrol bin Ahmad dan tahniah buat penerima baucar tersebut….

  3. yana
    April 23, 2012 at 10:47 am

    Al Fatihah….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: