Home > Peristiwa > Selamat Maju Jaya!

Selamat Maju Jaya!

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

Cik Nurul Liyana menyampaikan cenderamata daripada Panitia ICT.

PARIT SULONG, 23 Mac 2012 – Satu majlis meraikan seorang guru yang tidak asing lagi dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu En. Mohd. Afizal bin M. Yusuf telah diadakan pada pagi ini di bilik gerakan dengan dihadiri oleh para pentadbir dan rakan-rakan guru.

Setelah bertahun-tahun menabur jasa dan berjaya melengkapkan SMK Dato’ Sulaiman dengan rangkaian internet dan komputer, beliau nampaknya memang seorang yang mempunyai visi yang besar apabila cuba memperbaiki kehidupannya dengan menerima tawaran menjadi salah seorang pensyarah di Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak bermula 26 Mac 2012 secara rasmi.

Kehebatannya dalam bidang ICT tidak dapat disangkal malah beliaulah yang menjadi pengasas ICT di SMKDS. Bukan itu sahaja, kewibawaannya sebagai salah seorang pemimpin Persatuan Pengakap 70 yang sangat  aktif juga telah banyak membantu unit kokurikulum dalam menjayakan satu-satu aktiviti.

Pemergiannya memang dirasai oleh seisi warga sekolah namun, apakan daya, kami hanya mampu mendoakan yang terbaik dan semoga beliau dapat terus menabur bakti kepada masyarakat dalam bidang pendidikan khasnya.

Selamat Maju Jaya!

  

  

  

Categories: Peristiwa
  1. wani
    April 5, 2012 at 9:37 am

    comel lah cikgu lyana!!!
    tahniah!!!

  2. aza eina
    April 9, 2012 at 10:49 am

    manis senyuman cikgu ,,
    congrate ,,

  3. aida,huda
    April 9, 2012 at 10:54 am

    cikgu liyana memang comel.hahaha🙂

  4. April 9, 2012 at 11:01 am

    cute sangat🙂

  5. Farha
    April 9, 2012 at 1:34 pm

    Bye cikgu Afizal. We’ll miss you :’)

  6. layalia
    April 9, 2012 at 1:45 pm

    hope cikgu tak lupakan kami di sini..
    jasa cikgu sentiasa dikenang..

  7. zulaiha
    April 9, 2012 at 1:46 pm

    cikgu lyana memang cute semula jadi….🙂
    ikhlas tau saya puji ni….

  8. zulaiha
    April 9, 2012 at 1:47 pm

    Cikgu Afizal kenapa cikgu pindah awal sangat?
    nanti mesti we all rindu dekat cikgu..😦

  9. mohamad norhin
    April 9, 2012 at 1:53 pm

    cikgu Afizal…… semoga cikgu dapat melakukan tugas dengan baik

  10. April 9, 2012 at 1:55 pm

    semoga cikgu afizal sentiasa dalam keadaan sihat di tempat mengajarnya yg baru….

  11. April 23, 2012 at 10:40 am

    Jumpa lagi cikgu..

  12. fiza aisyah
    April 23, 2012 at 10:56 am

    Cikgu Afizal sentiasa di ingatan….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: