Home > Peristiwa > SPM 2011: GPS terbaik dalam sejarah!

SPM 2011: GPS terbaik dalam sejarah!

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Hailmy Jomaat, Zalina Rosman, Lyana Kamarudin

PARIT SULONG, 21 Mac 2012 – Keputusan SPM bagi calon yang menduduki pada tahun 2011 diumumkan pagi ini di Dewan Bestari SMKDS dengan satu pencapaian tidak terduga iaitu Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik dalam sejarah SMKDS.

Tn. Hj. Mohd. Nor selaku penyelaras Unit Peperiksaan SMKDS, mengumumkan nama-nama pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 9A, 8A dan 7A. Para calon lainnya beratur di kaunter kelas masing-masing untuk menerima slip keputusan, sijil berhenti dan dokumen-dokumen lain termasuklah surat jemputan ke majlis graduasi yang akan diadakan pada 24 Mac 2012.

SMKDS berjaya mengekalkan kedudukan ke-7 dalam daerah Batu Pahat seperti tahun sebelumnya namun melonjak dari nilai GPS nya iaitu 4.67 berbanding 4.90 pada tahun 2010. Kejayaan amat manis dan disifatkan tidak disangka-sangka ini membuktikan usaha keras dengan doa tulus yang tidak henti-henti daripada para pendidik, pihak pentadbir, ibubapa dan para calon yang mengambil peperiksaan itu sendiri berjaya menghasilkan keputusan sangat cemerlang.

Mereka berjaya membuktikan sejarah pahit yang telah mereka lakarkan ketika PMR 2009 yang agak mengecewakan semua pihak tidak mematahkan semangat juang mereka untuk mengubah nasib sekaligus mengharumkan nama SMKDS. Berbekalkan tiupan motivasi dan dorongan tidak henti para guru yang menaruh keyakinan dan ibubapa yang memberikan harapan, para calon SPM 2011 benar-benar memanfaatkan peluang kedua yang diberikan.

Tahniah buat seluruh warga SMKDS khasnya para calon SPM 2011 atas keputusan amat membanggakan ini. Semoga kejayaan tahun ini dapat menyuntik semangat para calon SPM 2012 untuk turut berusaha lebih gigih demi masa depan mereka.

   

             

Kebijaksanaan adalah anugerah,

Kerajinan perlu dikerah,

Kejayaan pasti terbuah.


Categories: Peristiwa
  1. eina
    April 5, 2012 at 9:20 am

    tahniah!!!!!
    smkds

  2. Arisha
    April 5, 2012 at 9:22 am

    Wahh, Hebatnya !

  3. aiye
    April 9, 2012 at 10:43 am

    ., Tahniah !!! SMKDS the best🙂

  4. aida,huda
    April 9, 2012 at 10:58 am

    tingkatkan usaha.harap budak-budak spm tahun ni dapat mengharumkan nama sekolah. Amin🙂

  5. April 9, 2012 at 2:01 pm

    tahniah buat pelajar yg mendapat keputusan yg cemerlang terutama Fahmi(kemek)tahniah2

  6. mohamad norhin
    April 9, 2012 at 2:02 pm

    tahniah…..

  7. fiza & aisyah
    April 23, 2012 at 10:37 am

    Tahniah! Semoga tahun ni lebih cemerlang…..🙂

  8. fiza & aisyah
    April 23, 2012 at 10:39 am

    tahniah!semoga smkds pada tahun ni akan lebih cemerlang🙂

  9. fiza & aisyah
    April 23, 2012 at 10:42 am

    tahniah!semoga smkds pada tahun ni akan lebih cemerlang

  10. fiza aisyah
    April 23, 2012 at 10:52 am

    tahniah!GOOD JOB….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: