Home > Peristiwa > Pertandingan Kawad Kadet Polis

Pertandingan Kawad Kadet Polis

Oleh : Amira Elyanie

Foto : Zulhasif

BATU PAHAT, 31 Mac 2012 – Platun Kadet Polis Perempuan dan Lelaki telah mengharumkan nama sekolah apabila mereka dapat menempatkan nama dalam pertandingan kawad statik Hari Kor Kadet Polis yang telah diumumkan pagi tadi. Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh Ketua Polis Batu Pahat, ACP Din Ahmad bertempat di Stadium Batu Pahat.

Sebanyak 20 platun perempuan dan 16 platun lelaki telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang telah dilangsungkan di PPD Batu Pahat. Pihak sekolah telah menghantar 2 platun yang terdiri daripada satu platun lelaki dan satu platun perempuan. Plantun lelaki telah diketuai oleh Muhammad Akmal bin Zainal Abidin manakala platun perempuan telah diketuai oleh Fatin Izzati bt Sairi. Platun lelaki telah berjaya mendapat tempat ke-3 manakala platun perempuan pula tidak kurang hebatnya berjaya mendapat tempat ke-4.

Kejayaan platun-platun SMKDS ini adalah hasil ramuan komitmen dan kesungguhan kesemua ahli yang telah menjalani latihan keras sejak dari awal tahun lagi. Apa yang lebih manis, kejayaan platun perempuan meraih tempat ke-4 ini sememangnya di luar jangkaan kerana ini merupakan tahun pertama pihak sekolah menubuhkan platun perempuan.

Tahniah diucapkan kepada kesemua platun SMKDS. Semoga pada tahun akan datang kita dapat memperolehi kejayaan yang lebih baik.

  

    

Categories: Peristiwa
  1. wani
    April 5, 2012 at 9:16 am

    cantiknya!!!

  2. adila
    April 5, 2012 at 9:27 am

    Kawad perempuan teruskan berusaha.

  3. April 5, 2012 at 11:38 am

    Kami telah melakukan yang terbaik seterusnya menaikkan nama SMK Dato’ Sulaiman dengan mendapat tempat ke-3.Pencapaian yang lebih baik dari yang sebelum ini.Saya juga berdoa agar platun lelaki dan perempuan tahun hadapan akan melakukan yang lebih baik dari tahun ini.Terima Kasih kepada staf-staf yang telah meluangkan masa untuk mengajar kami pada tahun ini,cikgu-cikgu yang telah mendoakan kami..

  4. aza eina
    April 9, 2012 at 10:38 am

    wah ! cantiknya baju kadet polis perempuan .. =)

  5. Diana
    April 9, 2012 at 10:51 am

    Teruskan usaha aja aja fighting!!!

  6. April 9, 2012 at 10:57 am

    aja aja huaiting!!!

  7. aida,huda
    April 9, 2012 at 11:00 am

    tingkatkan lagi usaha,pasti boleh berjaya…🙂

  8. April 9, 2012 at 11:02 am

    good luck……….

  9. Nor Malissa Farhana
    April 9, 2012 at 11:09 am

    Alhamdulillah..bukan main segak bergaya nampaknye…

  10. aiye
    April 9, 2012 at 11:11 am

    ., dah nama pun kadet polis janganlah buat jenayah ye . hehehe ^_^

  11. Farha
    April 9, 2012 at 1:29 pm

    Wow cayalah! Tahniah!! Next year cuba dapat nombor 1 :p Hahaha

  12. zulaiha
    April 9, 2012 at 1:32 pm

    GANBATE!!!🙂
    SEMUA PASTI BOLEH MELAKUKAN YANG TERBAIK….

  13. layalia
    April 9, 2012 at 1:34 pm

    terbaik kadet polis smk dato’ sulaiman !
    semoge success untuk tahun yang akan datang🙂

  14. April 9, 2012 at 1:35 pm

    ♥Tahniah♥ dengan kegigihan pasukan kadet polis lelaki dan perempuan…..sekolah kita telah mendapat tempat ke 3 dan ke -4

  15. mohamad norhin
    April 9, 2012 at 1:44 pm

    huhu…..tahun depan jangan tidak cukup orang….huhu

  16. nabila abu samah
    April 9, 2012 at 1:46 pm

    setinggi tinggi tahniah di ucapkan kepada platun kadet polis perempuan yang kali pertama ditubuhkan namun dapat menumbangkan kadet polis perempuan daerah batu pahat yg sebelum ini lebih berpengalaman!!

  17. aza eina
    April 16, 2012 at 11:05 am

    cikgu tarmizi .. nampak segak pakai baju polis …
    macam polis betul .. tabik la cikgu …

  18. eira
    April 23, 2012 at 10:36 am

    tahniah!!❤

  19. nurfarah aina
    April 23, 2012 at 10:38 am

    baju kadet polis memang segak kan..🙂

  20. April 23, 2012 at 10:41 am

    Kadet Polis Perempuan,Teruskan usaha anda..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: