Home > Peristiwa > KEBIRU strikes again!

KEBIRU strikes again!

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Nazlia Nasir

      

BATU PAHAT, 6 Mei 2012 – Kelab Bilik Guru (KEBIRU) yang dianggotai oleh guru-guru dan staf sokongan SMKDS telah mengadakan pertandingan bowling di BP Mall. Pertandingan ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu Individu Lelaki, Individu Wanita, Berkumpulan Lelaki dan Berkumpulan Wanita.

Pertandingan yang disertai oleh 35 orang peserta berjalan lancar dan ceria dengan setiap kumpulan memasang strategi masing-masing bagi mendahului jumlah jatuhan pin. Bagi mereka yang sudah berkeluarga turut membawa ahli keluarga bagi menceriakan lagi suasana.  Pertandingan berlanjutan hingga memasuki permainan kedua.

Ratu Bowling SMKDS yang liat untuk ditumpaskan siapa lagi jika bukan Pn. Siti Musalmah yang memang diakui kehebatan dan ketangkasannya dalam arena ini. Bagi Raja Bowling pula, tidak lain dan tidak bukan ialah Tn. Hj. Othman bin Karim. Guru veteran yang kaya pengalaman serta bertenaga dan mampu menidakkan peluang guru-guru muda yang lain dalam pertandingan ini.

Hadiah disampaikan pada majlis sambutan Hari Guru yang akan diadakan pada 16 Mei nanti. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada semua pihak pada masa akan datang.

 

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: