Home > Peristiwa > Latihan Dalam Perkhidmatan : Latihan Kawad

Latihan Dalam Perkhidmatan : Latihan Kawad

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Salleh Mudri

PARIT SULONG, 12 Mei 2012 – Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi para guru kali ini diadakan khas bagi kursus pengendalian kokurikulum iaitu latihan kawad kaki. Para guru SMKDS menerima tunjuk ajar dan taklimat daripada jurulatih-jurulatih berpengalaman yang dijemput khas.

Latihan kawad yang telah lama ditinggalkan sejak meninggalkan bangku sekolah oleh sesetengah guru kini perlu dipelajari semula. Suasana lucu dan ceria menyelubungi para peserta sepanjang kursus berlangsung. Semangat kesukanan dan kerja berpasukan menjadi tunjang kekuatan aktiviti ini berlangsung dengan jayanya. Bukan mudah untuk membuat gerakan serentak almaklumlah usia pun sudah banyak berbeza.

Setiap pasukan yang telah menguasai kemahiran tertentu begitu teruja dan bangga menunjukkan kebolehan dan kekuatan masing-masing di hadapan pasukan lain. Aktiviti yang kelihatan mudah dilakukan apabila melihat kebolehan para pelajar rupanya bukanlah terlalu mudah apabila para guru sendiri merasai pengalamannya.

Aktiviti ringkas yang sangat bermakna bagi para guru meningkatkan kemahiran dalam kokurikulum.

 

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: