Home > Peristiwa > Program 10,000 langkah di Tanjung Piai

Program 10,000 langkah di Tanjung Piai

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Nazlia Nasir, Lyana Kamarudin

PONTIAN, 17 Jun 2012 – Pelajar-pelajar Biologi Tingkatan 5 bersama-sama 7 orang guru Sains dan Matematik telah menjayakan program 10,000 langkah di kawasan Tanjung Piai, Pontian.

Program ini dimulakan dengan pemeriksaan kesihatan oleh pegawai-pegawai perubatan yang dibawa bersama. Para peserta program perlu mengukur ketinggian dan menimbang berat  bagi mendapatkan bacaan Body Mass Index (BMI) masing-masing. Kadar denyutan jantung dan paras gula dalam badan juga diperiksa bagi memastikan peserta benar-benar bersedia untuk memulakan 10,000 langkah.

Para peserta membuat pemerhatian, catatan dan merakam foto tentang keunikan hutan paya bakau dan hidupan lain yang ditemui seperti ketam, siput dan ular. Program ini merupakan suatu pengalaman berharga buat para peserta kerana tanpa disedari mereka telah pun menjejaki kawasan paling selatan di Asia Tenggara.

             

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: