Home > Peristiwa > Minggu Sains Teknologi & ICT Negeri Johor 2012

Minggu Sains Teknologi & ICT Negeri Johor 2012

Oleh : Lailatul Syuhada

Foto : Lyana Kamarudin, Syahnaz Addin, Anis Fatiha

 

JOHOR BAHRU, 21 Jun 2012 – Sempena dengan Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 2012, satu Karnival Sains dan Inovasi Zon Selatan telah diadakan di Persada Johor. Seramai empat orang pelajar Tingkatan 5 dan 16 orang pelajar Tingkatan 4 termasuk dua orang guru pengiring iaitu Cik Nurul Liyana bt Kamarudin dan Pn. Siti Khadijah yang mengikuti karnival ini. Selain pelajar SMK Dato Sulaiman, beberapa orang pelajar SMK Penghulu Saat  turut tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyertai karnival ini dan kami bertolak dengan menaiki sebuah bas seawal jam 8.00 pagi.

      

     

Setibanya kami di sana, pelbagai pameran berkaitan inovasi diadakan. Antara yang paling menarik pengunjung termasuklah pelajar SMKDS ialah Musical Science Show dan Sesi Bersama Angkasawan Negara iaitu Mejar Dr Faiz Khaleed. Musical Science Show ini dapat menarik minat pelajar terhadap bidang sains yang sebenarnya amat menarik untuk diterokai dengan pelbagai eksperimen yang dijalankan pada hari tersebut.

Di samping itu, Dr.Faiz juga memberi sedikit informasi mengenai angkasawan dan memberi sedikit penerangan tentang aero angkasa.Secara tidak langsung,karnival ini merupakan suatu aktiviti luar bilik darjah yang sangat berharga sekaligus dapat memberi pendedahan yang baik kepada para pelajar.

Categories: Peristiwa
  1. Husna
    October 4, 2012 at 9:48 am

    mesti best kalau dapat pergi ….

  2. Eina
    October 4, 2012 at 9:48 am

    betul3 harap tahun depan dapat pergi !!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: