Home > Peristiwa > Dato’ Mohid rasmikan Majlis Graduasi kali ke-3 SMKDS, ibarat sirih pulang ke gagang.

Dato’ Mohid rasmikan Majlis Graduasi kali ke-3 SMKDS, ibarat sirih pulang ke gagang.

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Hailmy Jomaat, Sahrul Nizam

PARIT SULONG, 29 September 2012 – Acara tahunan SMK Dato Sulaiman yang paling dinantikan iaitu Majlis Graduasi SPM & STPM 2012 telah berlangsung dengan gilang-gemilang pagi ini. Majlis yang telah memasuki edisi ke-3 kali ini menyaksikan seramai 57 orang calon Sijil Tinggi Persekolahan  Malaysia (STPM) dan 240 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak dianugerahi sijil graduasi.

Majlis yang bermula jam 9.00 pagi ini dirasmikan oleh Dato’ Mohid bin Mohamed, Ketua Setiausaha di Kementerian Belia dan Sukan. Beliau merupakan bekas pelajar SMK Dato’ Sulaiman sekitar tahun 1969-1971. Dalam ucaptamanya beliau berkata acara yang dianjurkan ini memang bertepatan sebagai hadiah galakan yang dapat mencetuskan motivasi kepada para pelajar. Beliau turut berbangga dengan pencapaian dan kejayaan-kejayaan yang telah ditempa SMKDS dan berharap sekolah tempatnya mengenal erti dewasa dan suka duka menuntut ilmu ini terus maju hingga ke peringkat kebangsaan.

Beliau juga berbesar hati untuk membantu pihak sekolah dalam menyediakan kemudahan bersukan khasnya untuk alatan di gym dan kelengkapan sofbol. Katanya lagi, kementerian memang menyediakan dana sekiranya terdapat pelajar sekolah berkenaan yang mewakili sehingga ke peringkat MSSM.

  

   

   

Pn. Hjh Noriah binti Nasir, Pengetua SMK Dato’ Sulaiman turut melahirkan rasa gembira dengan prestasi yang ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang tahun 2012 ini. Penerima-penerima anugerah pada majlis ini juga telah menunjukkan pencapaian yang hebat dengan seorang pelajar SPM mendapat 11A pada peperiksaan percubaan SPM yang lalu. Pelajar tersebut telah memenangi Anugerah Pengetua yang mana merupakan anugerah tertinggi dalam majlis tersebut.

Anugerah lain yang turut disampaikan adalah Anugerah Emas bagi yang mendapat sekurang-kurangnya 8A bagi PMR dan SPM manakala PNGK 3.50 hingga 3.99 bagi STPM. Anugerah Perak pula diberikan kepada pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 6A bagi SPM dan PNGK 3.00 hingga 3.49 bagi calon STPM. Pelajar yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan juga tidak dilupakan. Anugerah Anjakan Saujana diberikan kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan ketara dalam peperiksaan percubaan berbanding peperiksaan pertengahan tahun.

Penerima anugerah pada Majlis Graduasi SPM dan STPM 2012 adalah seperti berikut:

Penilaian Menengah Rendah

Anugerah Emas

1. Fatin Aina binti Muhammad Sidik

2. Nawal Faiqah binti Ahmad

3. Lim Wan Shi

4. Fatin Nurhanisah binti Hussin

5. Nurul Syahirah binti Aznan

6. Ismayanti binti Isa

7. Siti Hajar binti Mohd. Khairi

8. Siti Aisyah Ashikin binti Mohd Samsudin

Sijil Pelajaran Malaysia

Anugerah Pengetua

1. Lim Wan Ching

Anugerah Emas

1. Farah Farhana binti Ismail

2. Ng Jia Min

Anugerah Perak

1. Fildzah Anati binti Mohd Abas

2. Anis Fatihah binti Mahfodz@Mahfod

3. Siti Norfatimah binti Zaini

4. Azliana binti Bahari

Anugerah Anjakan Saujana

1. Siti Norfatimah binti Zaini

2. Farhanani binti Isa

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

Anugerah Perak

1. Sharafi Ilman bin Halim

2. Nurul Aznina binti Mohd. Saleh

3. Noor Hanisah binti Sarikon

4. Nur Fateen Amira binti Hazmi

Anugerah Anjakan Saujana

1. Mohammad Hamizan bin Ehyak

2. Siti Nur Aidawati Sofia binti Tukaman

Categories: Peristiwa
  1. nayan
    October 3, 2012 at 8:01 am

    mesti best dapat anugerah kan?

  2. nurul amira
    October 3, 2012 at 8:02 am

    taniah kepada semua pelajar yang mendapat anugerah

    • athyrazieqa
      October 3, 2012 at 8:12 am

      ye betul tu….tahniah kepada semue….

  3. athyrah&zieqa
    October 3, 2012 at 8:03 am

    bestnyer dapat graduasi

  4. athyrah&zieqa
    October 3, 2012 at 8:05 am

    tahniah kepada semua.. yang berjaya mendapat graduasi

  5. athyrah&zieqa
    October 3, 2012 at 8:08 am

    ok

  6. farah nur syahira bt. hasanudin
    October 3, 2012 at 8:08 am

    tahniah!!!
    semoga menjadi insan yang cemerlang dimasa akan datang…
    harap majlis graduasi ini bukan kali terakhir bagi mereka…

  7. nurinsyierah binti mohd afizal
    October 3, 2012 at 8:12 am

    tahniah!!!
    diharapkan dan didoakan kejayaan mereka…
    semoga majlis graduasi ini menjadikan mereka lebih bersemangat untuk mencari ilmu yang lebih banyak lagi,supaya majlis graduasi ini dapat dinikmatinya sekali lagi,pada masa akan datang…

  8. azmmy 1rk3
    October 3, 2012 at 8:16 am

    tahniah kepada semua pelajar yang mendapat anugerah

  9. nadia
    October 4, 2012 at 9:10 am

    tahniah kepada mereka yang dapat anugerah…yang tidak dapat di harap cuba lagi..tahun depan saya pula…..

  10. October 4, 2012 at 9:12 am

    tahniah semuaaaaaaaaa!🙂

  11. aina
    October 4, 2012 at 9:13 am

    tahniah,,,<3

  12. Azmyra
    October 4, 2012 at 9:13 am

    Tahniah ! Gudluck untuk PMR , SPM dan STPM nanti🙂

  13. Nur Azlin
    October 4, 2012 at 9:14 am

    tahniah !!!!!!!!!!

  14. Eina
    October 4, 2012 at 9:15 am

    TAHNIAH !
    TERUSKAN BERUSAHA….

  15. Ayu
    October 4, 2012 at 9:15 am

    tahniah atas kejayaan anda !

  16. Husna
    October 4, 2012 at 9:17 am

    TAHNIAH!
    SEMOGA KEJAYAAN TERUS BERKEKALAN.

  17. piqa
    October 4, 2012 at 9:18 am

    tahniah !! semoga kekal sampai bila-bila😀

  18. wajihah
    October 4, 2012 at 9:20 am

    tahniah!!!
    tahun depan giliran saya pula

  19. October 4, 2012 at 9:21 am

    Tahniah untuk semua yang mendapat anugerah di atas…
    teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan yang seterusnya…🙂

  20. October 4, 2012 at 9:36 am

    CIKGU NAMPAK LEBIH MUDA DALAM PAKAIAN GRADUASI

  21. eusebio13
    October 4, 2012 at 9:40 am

    Memang bagus

  22. October 8, 2012 at 9:04 am

    Nak jugak ikut graduasi, Hehe😀

  23. ani
    October 8, 2012 at 9:07 am

    tahniah kepada semua yang mendapat graduasi pada tahun ini …..

  24. Ayu
    October 8, 2012 at 9:10 am

    Taniah kepada semua yang berjaya. semoga mereka dapat berjaya sehingga ke akhir hayat.

  25. athila akmaliah
    October 8, 2012 at 9:11 am

    Tahniah yang mendapat anugerah !!! harap ramai lagi yang dapat anugerah pada tahun hadapan🙂

  26. October 8, 2012 at 9:14 am

    bestnya dapat anugerah !!kita nak jugalah………

  27. October 8, 2012 at 9:29 am

    tahniah..semoge berjaya pada masa akan datang..

  28. October 8, 2012 at 10:51 am

    bestnya dapat pakai jubah graduasi .. nak pakai juga ..🙂

  29. October 8, 2012 at 10:53 am

    mesti seronok dapat pakai baju jubah graduasi . saya nak pakai juga .

  30. fiza
    October 8, 2012 at 10:56 am

    buat yang terbaik untuk peperiksaan yang hampir tiba …
    semoga sampai ke menara gading..

  31. nurfarah aina
    October 8, 2012 at 11:02 am

    bestnya hari graduasi ni , bila la nak pakai baju jubah tu .

  32. Nazrah
    October 8, 2012 at 11:03 am

    Wow,seronoknya..Tahniah kepada semua yang telah menghadiri majlis graduasi

  33. Nor Malissa Farhana
    October 8, 2012 at 11:04 am

    Teringin rasanya nal pakai jubah tu,nampal bergaya gitu.

  34. October 8, 2012 at 11:04 am

    Teringan sangat nak jadi graduan… Mesti best kan…😀

  35. October 8, 2012 at 11:06 am

    lepas ni giliran saya nak memakai jubah tuuu…🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: