Home > Kurikulum, Peperiksaan, Peristiwa > Semoga Berjaya dalam PMR!

Semoga Berjaya dalam PMR!

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

Calon-calon PMR beratur mengikut angka giliran sebelum dibenarkan memasuki bilik peperiksaan.

PARIT SULONG, 09 Oktober 2012 – Para pelajar Tingkatan 3 di seluruh negara termasuk di SMKDS memulakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada pagi ini. Seramai 224 orang calon telah bersedia dengan kelengkapan dan slip peperiksaan  yang mesti dibawa bagi menduduki peperiksaan ini.

Perkarangan SMKDS dilihat sesak daripada biasa dengan deretan kenderaan diletakkan oleh para ibubapa di luar pagar sekolah bagi menghantar anak-anak mereka yang akan berjuang di medan peperiksaan. Para pelajar dihimpunkan di Dataran Budi dan diberi azimat terakhir oleh Tuan Pengetua dan kaunselor sebelum ibubapa dan para guru turut sama mengaminkan bacaan doa yang dibacakan oleh Tn. Hj. Mesri bin Abdullah.

   

   

   

Suasana sayu menyelubungi segenap ruang apabila anak-anak bersalaman dengan ibubapa masing-masing bagi mendapatkan restu. Para ibubapa pula menghantar anak-anak dengan pandangan mata yang penuh pengharapan dan doa tulus ikhlas. Ibubapa bersama-sama mendirikan solat hajat secara berjemaah di surau sekolah setelah anak-anak mula memasuki bilik peperiksaan.

Para pelajar akan menduduki PMR bermula hari ini 9 Oktober 2012 sehingga 16 Oktober 2012.

   

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: