Home > Peristiwa > Projek Membina Laluan Pejalan Kaki Berbumbung

Projek Membina Laluan Pejalan Kaki Berbumbung

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

Para pekerja sedang menyiapkan laluan berbumbung.

PARIT SULONG, 10 Oktober 2012 – Projek membina laluan pejalan kaki berbumbung sedang giat dijalankan oleh kontraktor yang telah dipilih. Projek pembinaan Fasa 1 telah siap dibina dan digunakan pada awal bulan Julai lagi. Laluan berbumbung ini dibina sebagai laluan utama para pelajar bagi tujuan keselamatan terutamanya pada waktu-waktu puncak iaitu di awal pagi dan pada waktu tengah hari. Apa yang lebih utama, laluan ini juga disediakan bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada para pelajar ketika hari hujan.

Projek yang menelan kos hampir RM60,000 ini pada mulanya menemui jalan buntu kerana kekangan dana. Namun, hasil sumbangan para guru, ibubapa dan penjaga sedikit sebanyak dapat menambah lagi kos modalnya. Apa yang lebih membanggakan, barisan alumni SMKDS sendiri turut tidak lokek menghulurkan sumbangan untuk sekolah yang telah banyak meninggalkan kenangan manis kepada mereka. Sumbangan perseorangan khasnya daripada wakil-wakil rakyat dan ahli parlimen juga akhirnya berjaya menyelesaikan kemelut pembinaan projek mega ini. Alhamdulillah.

  

   

Categories: Peristiwa
  1. October 10, 2012 at 9:40 pm

    tak sabarnya nak tunggu laluan pejalan kaki ni siap… lepas ini insyaAllah tak kena hujan lagi…

    • penyelarasbestari
      October 11, 2012 at 7:29 am

      Betul Shafikah. Semoga sempat awak dan kawan-kawan menggunakannya sepanjang tempoh SPM.🙂

  2. zulhilmi
    January 29, 2013 at 1:02 pm

    sekarang dah siap laluan pejalan kaki ni .. memang best ..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: