Home > Kurikulum, Peperiksaan, Peristiwa > Demam Peperiksaan Melanda SMKDS, Para Guru Doakan Kejayaan Semua.

Demam Peperiksaan Melanda SMKDS, Para Guru Doakan Kejayaan Semua.

Oleh : Lyana Kamarudin

PARIT SULONG, 15 Oktober 2012 – Peperiksaan Akhir Tahun bagi sesi persekolahan 2012 bermula pagi ini dengan subjek Prinsip Akaun bagi pelajar tingkatan 4 SPM 1, 4 SPM 2 dan 4 SPM 4.  Peperiksaan bagi pelajar tingkatan 4 akan berakhir pada 1 Novermber 2012. Bagi pelajar tingkatan 2 pula, mereka akan mula menduduki peperiksaan akhir tahun pada 22 Oktober ini dan berakhir pada 1 Novermber juga.

Para guru mengharapkan para pelajar telah menyiapkan diri dan dapat menjawab dengan cemerlang. Utamakan kesihatan dan keselamatan diri terutamanya menjelang hari peperiksaan. Para guru juga berharap para pelajar tidak memandang mudah dan bersikap sambil lewa terhadap peperiksaan akhir tahun sebaliknya berjuang habis-habisan untuk mendapatkan markah tertinggi dan mengukur potensi sebenar diri sendiri.

Setelah berusaha dengan gigih, haruslah berdoa kepada Allah taala. Firman Allah swt dalam Surah al-Mu’min ayat 60
“Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keaadaan hina.”
Semoga anak-anak didik tidak gentar, ditajamkan akal fikiran, dikuatkan daya ingatan dan dipelihara daripada membuat kesilapan dan kelalaian.
  1. March 12, 2013 at 8:13 am

    semoga berjaya

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: