Home > Peristiwa > Taklimat Penilaian Kendiri Sekolah bersama Ketua Sektor & Pegawai Nazir

Taklimat Penilaian Kendiri Sekolah bersama Ketua Sektor & Pegawai Nazir

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin, Sahrul Nizam

PARIT SULONG, 17 Oktober 2012 – Program Memperkasa Daya Upaya Sekolah di bawah NKRA telah dianjurkan di Dewan Bestari, SMK Dato’ Sulaiman pada tengah hari ini. Program yang bermula tepat jam 2.00 petang itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pn. Hjh Noriah binti Nasir, Pengetua SMKDS.

Sesi taklimat disampaikan oleh En. Noorazlan bin Rosdi, pegawai Nazir daripada Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK). Penerangan yang jelas dibantu dengan slaid persembahan membantu warga sekolah lebih memahami dan mendapat gambaran jelas tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).

Beliau menjelaskan SMK Dato’ Sulaiman merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih untuk melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) bersama 9 buah sekolah menengah di Batu Pahat. Beliau menambah ” Hanya 3 buah daerah di negeri Johor yang akan menjalankan PKS iaitu Batu Pahat, Muar dan Kluang. Sekolah ini telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh pihak Jabatan dan PPD. ”

Berdiri dari kiri : En. Noorazlan bin Rosdi (Nazir), En. Mohd. Yusak, Tn. Hj. Mohd. Razib, En. Ahmad Buang (Ketua Sektor) dan Tn. Hj. Nazlan bin Basar.

Taklimat yang berlanjutan selama 3 jam tanpa henti ini turut dihadiri En. Ahmad Buang, Ketua Sektor Jaminan Kualiti dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Ini merupakan lawatan kali ketiganya ke sekolah ini dalam tahun 2012. Apaya yang lebih membanggakan, beliau merupakan pelajar SMK Dato’ Sulaiman sendiri suatu ketika dahulu.

Semoga dengan input yang telah diberikan akan membantu pihak sekolah dalam menepati standard yang ditetapkan dan mencapai Band 6 iaitu maksimum suatu hari nanti. Program berkahir tepat jam 5.15 petang.

Categories: Peristiwa
  1. nia saje
    March 18, 2013 at 1:07 pm

    cantik..

  2. MOHD FARIS
    April 23, 2014 at 10:44 am

    TEKUN TAHNIAH

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: