Home > Peristiwa > Erat Perhubungan, Jalin Kemesraan di Hari Keluarga & Jamuan Tahunan KEBIRU

Erat Perhubungan, Jalin Kemesraan di Hari Keluarga & Jamuan Tahunan KEBIRU

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Nazlia Nasir

Antara hadirin yang hadir pada Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Hari Keluarga KEBIRU 2012.

PARIT SULONG, 20 Oktober 2012 – Majlis Jamuan Akhir Tahun anjuran Kelab Bilik Guru (KEBIRU) bagi tahun 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada pagi ini. Majlis yang dihadiri oleh ahli KEBIRU yang terdiri daripada guru-guru dan staf sokongan kali ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing. Pihak KEBIRU juga turut tidak melupakan para pekerja swasta yang telah banyak memberi sumbangan dalam pembentukan kegemilangan SMKDS saban tahun.

En. Kamil bin Jikan selaku Pengerusi KEBIRU memberikan ucapan alu-aluan.

Encik Kamil bin Jikan, Pengerusi KEBIRU dalam ucapannya melahirkan rasa terharu dan berbesar hati dengan sambutan baik yang ditunjukkan para hadirin yang hadir. Mengambil tema santai bersama keluarga, majlis kali ini sengaja diadakan di Dewan Bestari SMKDS sendiri berbanding di hotel-hotel pada tahun-tahun sebelumnya. ” Majlis pada hari ini adalah 2 majlis dalam 1 iaitu jamuan akhir tahun dan Hari Keluarga SMKDS ” katanya lagi.

Pengetua SMKDS, Pn Hjh Noriah binti Nasir turut berkata ” Majlis seperti ini amat baik bagi kita merapatkan lagi ukhwah sesama warga SMKDS dengan ahli keluarga masing-masing. Ini bukanlah kali pertama kita bertemu dengan ahli keluarga masing-masing. Ada di antaranya telah saya kenal pada majlis-majlis sebelum ini “.  Beliau tiba awal bagi sama-sama melihat sendiri kemeriahan majlis pada hari ini walaupun tidak ditemani oleh ahli keluarganya.

Pn. Hjh Noriah, Pengetua SMKDS bersama guru-guru kanan.

      

Kanak-kanak berusia 12 tahun hingga 3 tahun tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan mewarna yang terbahagi kepada 5 kategori mengikut peringkat umur. Para guru dan staf  mulai tiba seawal jam 9.50 pagi lagi bagi memberi sokongan moral terhadap anak-anak. Pertandingan bermula tepat jam 10.15 pagi. Pelbagai telatah dan kerenah ditunjukkan anak-anak pada pagi ini tidak langsung mencacatkan majlis yang berlangsung sebaliknya menjadi rencah keceriaan pada sepanjang majlis berlangsung.

Menurut Pn. Noraishah binti Abu Samah, ” Anak bongsu berumur 3 tahun berlari mendapatkan aiskrim dan makanan ringan yang disediakan walaupun masih banyak lagi bahagian lukisan yang belum siap diwarnakan. Kita kena layan dulu kehendaknya barulah si kecil ini ingin menyambung kembali mewarna” . Siapa sangka, hasilnya adik Nurnisrina Najiha berjaya mendapat tempat kedua bagi kategori umur 3-4 tahun.

Guru-guru, staf dan ahli keluarga masing-masing yang telah dewasa tidak ketinggalan menyertai beberapa acara lain yang disediakan iaitu Permainan Membaling Dart dan Memukul Bola Golf.  Riuh rendah jadinya keadaan di luar Dewan Bestari dengan gelak tawa mereka terutamanya golongan lelaki yang suka bergurau dan menyakat rakan-rakan apabila membuat balingan dan pukulan yang tidak tepat dan jauh dari sasaran.

Peserta lelaki mencuba nasib membuat balingan tepat ke arah sasaran.

      

Nasi Kerabu menu utama,

Nasi Dagang jangan dilupa,

Sate dan cendol telah tersedia,

Jemputlah semua menjamu selera.

   

   

   

Acara yang paling dinantikan iaitu acara menjamu selera. Begitu banyak makanan yang disediakan sehingga terpaksa menghadkan kuantiti dek kerana ingin merasa semua yang ada. Apa tidaknya, dengan menu hebat seperti Kambing Golek, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Laksa dan Sate sudah cukup membuatkan semua tersandar selepas menikmatinya. Rojak buah, aiskrim, cendol dan tart keju bluberi pula menjadi santapan pencuci mulut. Air Mata Kucing dan Air Kelapa melengkapkan hidangan jamuan pada hari ini.

Acara cabutan bertuah pula mengambil alih. Sebanyak 56 buah hamper disediakan termasuk 10 barangan elektrik dan hadiah utama berupa sebuah basikal klasik daripada Jepun begitu dinantikan oleh semua. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Masing-masing memberi tumpuan terhadap nombor yang tertera di kad jemputan masing-masing apabila cabutan dibuat. Tahniah kepada yang bertuah.

Pn. Rohaizah binti Ali bersama anak-anak berjaya memenangi hadiah utama dalam cabutan bertuah.

Tahniah juga kepada para pemenang dan semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi bagi menjayakan majlis ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada individu-individu yang begitu bermurah hati memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit, barangan, hamper mahupun makanan.

Akhir sekali, tahniah kepada AJK KEBIRU yang telah bertungkus lumus sejak 2 minggu lalu merancang dan membuat persiapan walaupun masing-masing sibuk dihambat tugas hakiki mennguruskan peperiksaan dan PBS.

Sebahagian AJK KEBIRU sesi 2012/2013 bergambar sebagai kenangan selepas majlis berakhir.    Berdiri dari kiri, Pn. Farah, Pn. Latifah, Cik Nazliah, Pn. Aida, Pn. Raziah, Cik Liyana, Cik Adibah dan Pn. Marini. Duduk dari kiri, En. Kamil, En. Anas.

Categories: Peristiwa
  1. nia saje
    March 18, 2013 at 1:05 pm

    TERBAIKLAH!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: