Home > Peristiwa > Selamat Bertugas di Tempat Baru!

Selamat Bertugas di Tempat Baru!

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Hailmy Jomaat

DSC_1508

PARIT SULONG, 10 Januari 2013 – Majlis Perpisahan bagi guru-guru yang berpindah ke sekolah baru kerana kenaikan pangkat dalam perkhidmatan telah diadakan di Dewan Bestari, SMK Dato’ Sulaiman pada tengah hari ini. Majlis yang menghimpunkan semua warga sekolah sesi pagi dan sesi petang itu berjalan lancar dengan perarakan masuk guru-guru yang diraikan.

Sesi persekolahan kali ini menyaksikan SMK Dato’ Sulaiman kehilangan 2 orang guru yang sangat berpengalaman iaitu Tn. Hj. Muhammad Malack bin Muhd. Said selaku Penyelia Petang dan Pn. Hjh. Naijah binti Hashim selaku GKMP Teknik dan Vokasional. Kedua-dua guru ini bukanlah satu figura asing dalam pentadbiran SMKDS sejak lebih 20 tahun lalu.

DSC_1626

Berpewatakan bersahaja dan merendah diri, Tn. Hj Muhammad Malack bin Muhd. Said telah memulakan tugas di SMK Dato’ Sulaiman sejak 1 Disember 1989. Setelah menabur bakti hampir 23 tahun, beliau akhirnya dinaikkan pangkat sebagai Pengetua di SMK Taman Puteri, Kulai bermula Januari 2013.

Pn. Hjh. Naijah binti Hashim pula telah mula bertugas di SMK Dato Sulaiman pada 1 Januari 1989. Beliau pernah menjadi seorang kaunselor sebelum dipilih memegang jawatan sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional sehinggalah mendapat tawaran kenaikan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah bermula Januari 2013.

DSC_1589

Pn. Hjh. Naijah binti Hashim dalam ucapan perpisahannya sempat mendeklamasikan puisi yang dinukilnya sendiri. Puisi yang melahirkan apa yang tersirat dalam sanubarinya sepanjang berkhidmat di SMKDS selama hampir 24 tahun. Ketelitian sentuhannya dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan telah banyak membantu pengurusan sekolah terutamanya hal berkaitan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Lembut tutur bicaranya tatkala menyampaikan arahan menjadi kelebihan baginya tiap kali perlu menerajui agenda penting sekolah contohnya  Hari Gerak Kerja Kokurikulum dan Keusahawanan (GERKO).

Selain 2 orang guru tersebut, ada 2 orang lagi guru yang turut berpindah pada awal Januari ini iaitu Pn. Nor’aini binti Abd. Manap, GKP Pendidikan Khas dan seorang guru baru yang berpindah dari Mersing iaitu Cik Ng Sin Ying yang hanya sempat bertugas selama seminggu sebelum diarahkan bertukar ke TIGS kerana tuntutan nisbah pelajar berbangsa Cina yang lebih besar di sana.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang berpindah atas segala sumbangan, keringat dan jasa yang telah dicurahkan dalam sama-sama membangunkan SMKDS mencapai misi dan visinya. Semoga sukses di tempat baru dengan suasana baru, persekitaran baru dan rakan sekerja yang baru tanpa melupakan kenangan di SMKDS yang tercinta.

DSC_1678   DSC_1652

Categories: Peristiwa
  1. hairul nizam
    January 29, 2013 at 1:02 pm

    banyak kan berusaha

  2. husna
    January 29, 2013 at 1:05 pm

    tahniah selamat menjalanlan tugas baru

  3. aiman
    March 12, 2013 at 7:44 am

    tahniah..

  4. nurfazira
    March 12, 2013 at 7:59 am

    good luck!

  5. March 12, 2013 at 8:04 am

    semoge sentiasa sihat sejahtera

  6. Najiha
    March 12, 2013 at 8:04 am

    tahniah😀

  7. March 12, 2013 at 8:09 am

    tahniah…… selamat menjalankan tugas yang baru dan di tempat yang baru

  8. nabila
    March 13, 2013 at 4:01 pm

    tahniah dan selamat bertugas ditempat baru

  9. nia saje
    March 18, 2013 at 1:03 pm

    semoge panjang umor dan dimurahkan rezeki

  10. March 19, 2013 at 11:33 am

    semoge panjang umor dan dimurahkan rezeki. tahniah dan selamat bertugas ditempat baru.
    good luck! banyak kan berusaha!!!🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: