Home > Peristiwa > Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2013

Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2013

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

IMG_1766

PARIT SULONG, 21 Januari 2013 – Pada 28 September 2012, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Tahun 2013 telah meluluskan peruntukan sejumlah RM54o juta untuk pemberian Bantuan Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan 2013. Pemberian bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.

IMG_1741   IMG_1747

Bantuan yang disifatkan sebagai ‘touch point’ Kerajaan kepada rakyat ini menyaksikan YB Dato’ Noraini binti Hj Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong turut sama turun padang pada Majlis Pemberian Bantuan Awal Persekolahan RM100 di Dewan Bestari,  SMK Dato’ Sulaiman pada tengah hari tadi.

Pihak sekolah telah memilih tanggal 21 Januari 2013 untuk mengagihkan peruntukan bantuan yang diberikan walaupun tarikh akhir pengagihan yang dinyatakan dalam surat siaran adalah sebelum 15 Febuari 2013. Para ibu bapa dan penjaga hadir ke sekolah bermula jam 11.30 pagi lagi.

IMG_1743   IMG_1742

Bagi pelajar-pelajar kelas 1 Karisma, 1 Bestari, 2 Karisma, 2 Bestari, 3 Karisma dan 3 Bestari pemberian wang bantuan RM100 disampaikan sendiri oleh YB Dato’ Noraini binti Hj. Ahmad manakala pelajar-pelajar kelas lain diagihkan oleh guru kelas masing-masing di blok Tingkatan 3 bagi memudahkan dan melancarkan lagi urusan.

Dalam ucapannya, YB Dato’ Noraini sempat menyeru kepada hadirin yang hadir agar turut sama mendoakan keutuhan Kerajaan hari ini agar kesenangan dan keamanan yang kita peroleh terus dirasai. “Nilai RM100 ini mungkin kecil nilainya bagi sesetengah orang, namun bagi yang mempunyai anak sehingga 4 hingga 5 orang yang masih bersekolah, bantuan ini dilihat besar nilainya. Marilah kita sama-sama mendoakan agar bantuan seperti ini masih kita peroleh pada masa akan datang.” katanya.

Majlis yang turut dihadiri wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Batu Pahat dan pegawai-pegawai polis dari Balai Polis Parit Sulong berjalan lancar dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

IMG_1748

IMG_1738   IMG_1744 IMG_1764   IMG_1767

Categories: Peristiwa
  1. intan nazira
    January 29, 2013 at 1:12 pm

    Bagi pendapat saya,bantuan awal persekolahan ini dapat meringankan beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah.

  2. husna
    January 29, 2013 at 1:16 pm

    terima kasih kerana memberi bantuan awal persekolahan kepada pelajar2 yang memerlukan… 😀

  3. aiman
    March 12, 2013 at 7:40 am

    terima kasih kerana menolong pelajar yang memerlukan…

  4. Najiha
    March 12, 2013 at 7:48 am

    terima kasih kepada pihak kerajaan yang memberikan bantuan ini pada awal persekolahan untuk meringankan beban ibu bapa yang mempunyai pendapatan rendah 🙂

  5. nurfazira
    March 12, 2013 at 7:55 am

    terima kasih kerana mengurangkan beban ibu bapa pendapatan rendah dengn bantuan awal persekolahan

  6. March 12, 2013 at 7:59 am

    Terima kasih kerana memberi bantuan..dengan ini para pelajar lebih bersemangat untuk belajar dengan tekun…

  7. nabila
    March 13, 2013 at 4:03 pm

    terima kasih dan harap bantuan yang dihulurkan dapat digunakan sebaiknya

  8. nia saje
    March 18, 2013 at 1:00 pm

    terima kasih 🙂 para pelajar akan menghargai jasa baik..

  9. March 18, 2013 at 1:16 pm

    terima kasih kerana menolong pelajar yang memerlukan

  10. March 19, 2013 at 11:30 am

    Bagi pendapat saya,bantuan awal persekolahan ini dapat meringankan beban kepada ibu bapa yang berpendapatan rendah. Dato’ Noraini cantik.. 🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a comment