Home > Peristiwa > Tahniah SMKDS Naib Johan Keseluruhan Merentas Desa MSSD!

Tahniah SMKDS Naib Johan Keseluruhan Merentas Desa MSSD!

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Nazlia Nasir

DSC00474

SERI MEDAN, 23 Januari 2013 – Latihan awal yang konsisten sejak awal persekolahan bermula nyata membuahkan hasil yang sangat indah buat pasukan Merentas Desa SMKDS bagi tahun ini apabila berjaya merangkul gelaran Naib Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Merentas Desa peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Batu Pahat di SMK Seri MEdan pada pagi tadi.

Kontinjen seramai 32 orang yang diketuai oleh En. Mohd. Amfal bin Basari dan turut diiringi oleh Cik Nazliah binti Nasir telah diberikan kata-kata semangat dan galakan oleh En. Ab. Zayin bin Abdullah, GPK Kokurikulum sebelum dilepaskan berangkat pada jam 7.30 pagi. Berbekalkan semangat juang yang tinggi, para peserta mula mengorak langkah dimulai dengan kategori L 18 yang menyaksikan Raja Larian Jarak Jauh SMKDS, Saudara Mohamad Nor Hafis bin Mohd Sukor muncul juara acara kegemarannya itu. Sejak menyertai acara merentas desa buat kali pertama iaitu 5 tahun lalu, beliau tidak pernah gagal dalam menempatkan diri sebagai wakil daerah Batu Pahat untuk bersaing di peringkat Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ). Bagi tahun 2013 yang juga tahun terakhirnya di SMKDS, beliau sekali lagi mampu melakar nama sebagai jagoan SMKDS yang wajar disegani kerana dengan kemenangannya itu, SMKDS mendapat tempat ke-3 berkumpulan L 18.

DSC00464

Kecemerlangan SMKDS diteruskan lagi apabila kategori L15 menyaksikan tempat ke-3 berkumpulan berjaya kita rebut apabila beberapa pelari pelapis berjaya menempatkan diri dalam 15 tempat terawal. Saudara Mohd. Afiq bin Mohd. Aziz berjaya mendapat tempat ke-3 diikuti Saudara Muhammad Amir Sufi bin Mohd. Helmi berada pada kedudukan ke-7. Turut tidak menghampakan, Saudara Amir Afifuddin bin Ab. Zayin berjaya menamatkan larian di tempat ke-12.

Pelari-pelari perempuan menunjukkan kebangkitan positif apabila wakil P 18, Saudari Nurul Natasha binti Abd Wahid berjaya merebut tempat ke-11 yang menyaksikan SMKDS turut berjaya merangkul tempat ke-3 berkumpulan. Tepat jam 11 pagi acara ditamatkan, majlis penyampaian hadiah pula mengambil giliran. Peserta yang mendapat tempat pertama hingga ke-15 layak menerima pingat namun hanya peserta hingga tempat ke-8 sahaja yang dipilih untuk mengikuti latihan pusat bagi mewakili MSSD ke peringkat MSSJ.

DSC00471     DSC00470

DSC00467     DSC00460

Waktu menginjak tengah hari, keputusan keseluruhan kini telah diumumkan dan SMKDS mengesahkan gelaran Naib Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD tahun 2013. Bukanlah ingin mendabik dada tetapi pencapaian ini membuktikan kontinjen SMKDS merupakan antara pencabar yang wajar digeruni. MRSM Batu Pahat berjaya mendapat Johan Keseluruhan dengan tempat ketiga keseluruhan dimenangi oleh SMK Dato’ Syed Esa.

You never know how strong you are, until being strong is the only choice you have!

Categories: Peristiwa
  1. nizam
    January 29, 2013 at 12:55 pm

    tahniah..

  2. syafiqah
    January 29, 2013 at 12:58 pm

    congrat,, usaha lagi..

  3. hajar
    January 29, 2013 at 1:00 pm

    tahniah….buat yang terbaik pada tahun hadapan…

  4. Md. Izzan
    January 29, 2013 at 1:00 pm

    tahniah atas usaha anda….saya harap anda dapat
    mengulangi kejayaan pada tahun hadapan…

  5. tihah
    January 29, 2013 at 1:02 pm

    tahniah…….

  6. nurul fatihah
    January 29, 2013 at 1:03 pm

    taniah kepada mohammad nor hafiz bin mohd sukor kerana telah mnjadi raja larian jarak jauh SMDKS

  7. syahrul akhbar bin norasikin
    January 29, 2013 at 1:03 pm

    Tahniah , buat atlit yg memasuki acara merentas desa .

  8. nur shahida
    January 29, 2013 at 1:04 pm

    tahniah atas kemenangan kowg?lagi sekali syabas dan tahiniah…

  9. ainur
    January 29, 2013 at 1:05 pm

    usaha lagi…tahniah kepade kontinjen smkds kerana dapat mengharumkan nama sekolah…….

  10. nor sakina
    January 29, 2013 at 1:06 pm

    taniah yeeeee …….. usaha bersungguh -sungguh lagi .

  11. adawiyah
    January 29, 2013 at 1:07 pm

    tahniah kpda pemain2 yg telah memenangi merentas desa,, TERBAAAAEEK..

  12. aeydah swento
    January 29, 2013 at 1:08 pm

    salam smkds . . .sye nk ucpkn syabas kpd warga smkds kerana telah mengharumkan name skolah . . !!! syg smkds…!!!!

  13. muhamad arif
    January 29, 2013 at 1:08 pm

    tahniah atas keje keras anda …saya brharap sekolah smkdato sulaiman akan mendapat johan pada tahun hadapan

  14. adha
    January 29, 2013 at 1:08 pm

    tahniah kerana mendapat johan merentas desa

  15. azwanie
    January 29, 2013 at 1:10 pm

    syabas dan tahniah kpda pemenang2 merentas desa peringkat MSSD…

  16. saiful
    January 29, 2013 at 1:11 pm

    Tahniah,teruskan usaha lagi pada tahun hadapan..

  17. syamir
    January 29, 2013 at 1:14 pm

    Terima kasih………………ku ucapkan padamu,atlit x2 sekolah……………

  18. daniel irffan
    January 29, 2013 at 1:19 pm

    usaha yg bagus semoga berjaya tahun hadapan😀

  19. aiman
    March 12, 2013 at 7:39 am

    Tahniah..

  20. Najiha
    March 12, 2013 at 7:44 am

    tahniah ! tahniah !😀 ….semoga tahun depan mendapat johan , amin ~🙂

  21. nurfazira
    March 12, 2013 at 7:53 am

    tahniah kepada atlet sekolah yg berjaya mengharumkan nama sekolah smkds..TERBAIK SMKDS!

  22. March 12, 2013 at 7:54 am

    selamat maju jaya kepada SMKDS😉

  23. March 12, 2013 at 7:57 am

    tahniah😀..tahun depan menang lagi..hehe

  24. March 12, 2013 at 7:57 am

    terima kasih…… kepada atlit sekolah kerana mengharumkan nama sekolah🙂

  25. March 12, 2013 at 8:00 am

    tahniah….

  26. nabila
    March 13, 2013 at 3:51 pm

    tahniah!😀

  27. March 16, 2013 at 12:21 pm

    GOOD JOB !!! TERBAIK!!!🙂

  28. nia saje
    March 18, 2013 at 12:59 pm

    tahniah kepada semua🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: