Home > Peristiwa > Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah

Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

IMG_1807

PARIT SULONG, 01 Febuari 2013 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W bagi tahun 1434H telah diadakan di SMK Dato’ Sulaiman pada pagi ini. Kesemua warga sekolah termasuklah para guru dan pelajar sesi petang dihimpunkan pada sebelah pagi.

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W yang sudah menjadi acara tahunan di sekolah ini tetap dinantikan kedatangannya oleh para pelajar. Pertandingan melukis kain rentang dan menyertai perarakan sambil mengalunkan bacaan selawat telah berjaya menyuntik semangat keterujaan dalam diri mereka. Pertandingan ini berjaya mencungkil bakat seni para pelajar dalam masa sama dapat menerapkan kemahiran menulis tulisan khat. Setiap kumpulan peserta dilihat tampil dengan strategi tersendiri. Memastikan pakaian sedondon dikenakan, ada kumpulan yang kreatif menggayakan pakaian bertemakan ‘Arab’ dan baju melayu ‘Ala Sultan Johor’ bagi pelajar muslim. Memakai tudung ‘ala purdah’ persis gadis Arab, hiasan kain batik dan lilitan bunga manggar di kepala pula menjadi pilihan para pelajar muslimah.

IMG_1775 IMG_1804 IMG_1809 IMG_1811 IMG_1812 IMG_1814

Bacaan lunak berzanzi oleh Saudara Muhammad Ammar bin Mahfot memulakan acara di dalam dewan. SMKDS dikira sangat bertuah memiliki ramai pelajar berbakat yang boleh diasah dan diketengahkan. Tn. Hj. Mohd Lazim bin Rahmat bersama-sama beberapa orang pelajar muslim Tingkatan 4 pula mengetuai bacaan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Bergema seluruh dewan dengan alunan selawat yang menggetarkan jiwa para insan yang mengaku cintakan Rasul. Bagai ada perisai dan ikatan kukuh tanda yakin diri antara setiap warga SMKDS ketika itu.

IMG_1819 IMG_1825

Kumpulan nasyid SMKDS, Syababul Ikram mendominasi pentas dengan persembahan bertenaga dan bersifat kontemporari. Jauh daripada imej nasyid perlahan, barisan anak-anak SMKDS ini agresif menzahirkan mesej yang cuba disampaikan berkenaan jihad fi sabilillah. Persembahan bertenaga dan lain daripada kebiasaan mereka berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin.

IMG_1840 IMG_1842

Paparan video-video animasi Islamik daripada Unit Multimedia SMKDS yang diterajui oleh Cik Nurul Liyana binti Kamarudin mengisi slot sebelum para pelajar dibenarkan keluar mengikut tingkatan bagi menikmati jamuan yang telah disediakan oleh para guru dan kakitangan di kantin sekolah. Nasihat-nasihat berkaitan solat dan aurat yang dipertontonkan melalui animasi ternyata dapat menarik minat pelajar dan semoga ia turut mengusik jiwa mereka untuk berhijrah kepada yang lebih baik.

Animasi bertajuk 'Sibuk' memaparkan tema insan lupa bersyukur kepada Allah. sumber:youtube/cikbeahosem

Animasi bertajuk ‘Sibuk’ memaparkan tema insan lupa bersyukur kepada Allah. sumber:youtube/cikbeahosem

Animasi bertajuk 'Serigala dan Kambing' memaparkan tema jangan putuskan silaturrahim. sumber:youtube/cikbeahosem

Animasi bertajuk ‘Serigala dan Kambing’ memaparkan tema jangan putuskan silaturrahim. sumber:youtube/cikbeahosem

Animasi bertajuk 'Pray On Time' memaparkan solat dapat memberi tenaga tambahn. sumber:youtube/productivemuslim

Animasi bertajuk ‘Pray On Time’ memaparkan solat dapat memberi tenaga tambahan. sumber:youtube/productivemuslim

Sepertimana yang dianjurkan agama, para pelajar juga disemai adab makan beramai-ramai di dalam dulang. Keseronokan dan kemeriahan jelas terpancar apabila mereka dengan sabar menunggu giliran mengambil nasi dan lauk pauk sebelum menikmatinya bersama-sama. Pasukan rewang SMKDS telah bertungkus lumus sejak petang semalam lagi melapah dan memotong daging lembu, memotong bawang, kentang dan lada. Hidangan kegemaran ramai iaitu sup tulang lembu pula, dapat dinikmati pada malam tadi. Chef-chef hebat SMKDS yang terdiri daripada guru-guru SMKDS sendiri sejak dari pagi telah mula memasak nasi jagung, daging, pajeri nenas dan popadom. Semangat kerjasama antara warga SMKDS ini dalam menjayakan sesuatu program adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan nilai wang ringgit.

IMG_1860 IMG_1863 IMG_1859 IMG_1858 IMG_1856 IMG_1855 IMG_1854 IMG_1875 IMG_1876 IMG_1852IMG_1866 IMG_1865

Selesai menikmati jamuan, sesi santapan rohani oleh Ustaz Baharudin daripada Nur Insani Motivation Camp yang berpengkalan di Melaka pula mengambil tempat. Membawakan tajuk “Rasulullah Idola Sepanjang Zaman”, penceramah bijak memilih isu yang sangat penting untuk dikupas buat perhatian anak-anak muslim SMKDS iaitu solat dan azab meninggalkannya. Para pelajar dilihat terkesan dan memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan. Harapan para guru, semoga anak-anak SMKDS boleh menjadi pelajar yang mengamalkan gaya hidup Islam dengan sedaya upaya cuba untuk solat tepat pada masanya dan cukup kesemua 5 waktu sehari semalam.

Majlis yang dipengerusikan oleh En. Mohammad Akram bin Kamarudin, melabuhkan tirai dengan alunan 99 Nama Allah oleh semua warga SMKDS tepat jam 11.50 pagi. Penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mencipta Sepanduk dan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Pn Hjh Noriah binti Nasir, Pengetua SMKDS.

Berikut adalah senarai penerima hadiah :

Pertandingan Mencipta Sepanduk 

  • Kategori Pra-U dimenangi oleh Tingkatan 6 Bestari
  • Kategori Menengah Atas dimenangi oleh Tingkatan 4
  • Kategori Menengah Rendah dimenangi oleh Tingkatan 2

Tokoh Maulidur Rasul

  • Pelajar Muslim : Nazrul bin Razak (Tingkatan 5 Bestari)
  • Pelajar Muslimah : Maizatul Azwa binti Aznan ( Tingkatan 5 Karisma)

IMG_1883

Rasulullah adalah sebaik-baik teladan

Categories: Peristiwa
  1. naz
    February 2, 2013 at 7:01 am

    hihi…muke saye ade terselit di situ ye…=)

  2. ekY.sPM 2012
    February 2, 2013 at 11:15 am

    tahniaH Syababul Iqram ,korang dah buat persembahan terbaiK..walaupUn lagu tu mmg susah ,tapi korang dah buat yang terbaik…!!!..

  3. aiman
    March 12, 2013 at 7:54 am

    persembahan yang hebat..

  4. nurfazira
    March 12, 2013 at 8:14 am

    tahniah yg buat persembahan nyanyian

  5. Najiha
    March 12, 2013 at 8:14 am

    memang terbaik ..

  6. March 16, 2013 at 12:19 pm

    Subhi nyanyi dengan penuh bersemangat!!! Caya lah!!!🙂

  7. March 18, 2013 at 1:13 pm

    persembahan dah macam kpop saya tengok

  8. nia saje
    March 18, 2013 at 1:16 pm

    majlis Maulidur Rasul yang tak akan kulupakan

  9. March 19, 2013 at 11:27 am

    Makan perlahan-lahan lah bro form 6 tu… Tercekik nanti… hihi..🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: