Home > Peristiwa > Pelancaran Bulan Bahasa (4 Febuari – 28 Febuari)

Pelancaran Bulan Bahasa (4 Febuari – 28 Febuari)

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin, Anas Sahrom

IMG_1981

Persembahan Choral Speaking bertajuk ‘FRIENDS’ oleh pelajar-pelajar 5 Karisma.

Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.

PARIT SULONG, 4 Febuari 2013 – Majlis Pelancaran Bulan Bahasa SMKDS telah diadakan di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman pagi ini. Majlis yang dijadualkan dirasmikan oleh Pn. Hjh. Noriah binti Nasir, Pengetua SMKDS itu bagaimanapun terpaksa dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd. Razib bin Arpan, GPK Pentadbiran kerana masalah kesihatan yang dihadapi Tuan Pengetua.

IMG_1965

Tn. Hj. Mohd. Razib b. Arpan merasmikan majlis.

Pn. Hjh. Saemah binti Ariffin, Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa Melayu dalam ucapannya turut mengingatkan para pelajar mensyukuri nikmat menuntut ilmu pada hari ini. “Rasulullah S.A.W Junjungan Besar kita amat menggalakkan kita sentiasa menuntut ilmu. Bersyukurlah pada hari ini kita dibukakan jalan seluasnya untuk menambah ilmu dari masa ke masa”  katanya. Bulan Bahasa tahun 2013 ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh dua buah panitia iaitu Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris. Bulan Bahasa ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran kepada semua pihak terutamanya para pelajar dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuh Bahasa Inggeris.

IMG_1962

Pn. Hjh. Saemah binti Ariffin, GKMP Bahasa menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis Pelancaran ini juga turut diserikan lagi dengan persembahan Drama: Miss Kebaya 2013  dan Choral Speaking: Friends daripada para pelajar berbakat 5 Karisma. Kepetahan mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lenggok gaya yang menampakkan kematangan dalam membuat persembahan diharap dapat memberi sumber inspirasi kepada pelajar lain untuk turut rasa terpanggil menguasai Bahasa Inggeris pada masa akan datang.

IMG_20130204_081522

Para pelakon berbakat dengan Drama bertajuk Miss Kebaya 2013.

IMG_20130204_081841

Pelajar-pelajar dengan yakin dan lancar berlakon dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang bagi mencapai objektif  Bulan Bahasa SMKDS 2013 iaitu :

  • Pertandingan Menulis Esei
  • Teka Silang Kata
  • Pertandingan Bercerita (Tingkatan 1 dan 2 sahaja)
  • Deklamasi Sajak dan Syair
  • Kuiz Tatabahasa
  • Essay Writing
  • Crossword Puzzle
  • Story Telling
  • Choral Speaking
  • Public Speaking

Semoga dengan perancangan dan usaha baik ini, para pelajar boleh meningkatkan kemahiran berbahasa dan membentuk keyakinan diri. Lebih daripada itu, para pelajar juga diharapkan dapat merapatkan ukhwah dan hubungan dalam kalangan warga SMKDS dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Semoga semangat bekerjasama dan interaksi yang sihat antara pelajar dapat dipupuk dengan baik.

Majlis yang dipengerusikan oleh Pn. Rosmawati binti Abd Aziz itu berakhir pada kira-kira jam 8.30 pagi.

IMG_20130204_082430

Pelajar-pelajar 5 Karisma dengan gaya tersendiri semasa persembahan Choral Speaking

IMG_20130204_075902

Para pelajar memberi sepenuh tumpuan terhadap persembahan yang sedang berlangsung.

Categories: Peristiwa
  1. aiman
    March 12, 2013 at 7:52 am

    semangat

  2. nurfazira
    March 12, 2013 at 8:09 am

    TERBAIK SMKDS!MOGA TERUS MAJU

  3. March 12, 2013 at 8:12 am

    comelnya kakak-kakak di depan ni…..

  4. Najiha
    March 12, 2013 at 8:13 am

    best best . SMKDS best !

  5. nabila
    March 13, 2013 at 4:14 pm

    terbaik

  6. March 16, 2013 at 12:12 pm

    ILI COMEL…🙂

  7. March 18, 2013 at 1:08 pm

    terbaik lah

  8. nia saje
    March 18, 2013 at 1:20 pm

    bulan bahasa budaya kita

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: