Home > Peristiwa > Pesta Pantun Daerah Batu Pahat 2013: SMKDS Naib Johan lagi

Pesta Pantun Daerah Batu Pahat 2013: SMKDS Naib Johan lagi

Oleh : Syahnaz Ad-din Naquib

Foto : Syahnaz Ad-din Naquib

Pemantun-pemantun berbakat SMKDS bersama guru pembimbing, Pn. Rosmawati Abd. Aziz

Pemantun-pemantun berbakat SMKDS bersama guru pembimbing, Pn. Rosmawati Abd. Aziz

SIMPANG LIMA, 28 Febuari 2013 –

“Yang Kurik itu Kundi, Yang Merah itu Saga,

Yang Baik itu Budi, Yang Indah itu Bahasa”

 Memetik daripada pepatah Melayu di atas jelas menyatakan bahawa bahasa melambangkan identiti sesebuah bangsa. Bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi, Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Daerah Batu Pahat telah diadakan pada 27 dan 28 Februari 2013 yang lalu dan telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Batu Pahat. Walaupun arus modenisasi semakin menjulang kehadirannya, inisiatif pertandingan ini diadakan sedikit sebanyak telah membuktikan bahawa sejak di bangku sekolah anak Malaysia telah didedahkan dengan keluhuran budi dan keindahan Bahasa Melayu. Minda pemantun juga diuji dengan pelbagai tema yang berkaitan dengan globalisasi, alam, kemanusiaan, warisan sejarah, teknologi, adab dan budaya serta isu semasa yang harus disoal dan dijawab dalam bentuk pantun 4 kerat dalam masa 1 minit atau 60 saat tanpa dibenarkan meniru bahan rujukan mahupun rakan sepasukan.

Sebanyak 15 buah sekolah di sekitar daerah Batu Pahat telah terpanggil untuk menyertainya. Menjadi tradisi Sekolah Menegah Kebangsaan Dato’ Sulaiman (SMKDS) untuk menghantar satu pasukan untuk berentap setiap tahun. Pada tahun 2013, SMKDS telah memulakan latihan pantun seawal pertengahan bulan Januari di bawah bimbingan jurulatih pantun terkemuka Pn. Rosmawati bt. Abdul Aziz. Pelbagai persiapan telah dilaksanakan kerana sasaran tahun ini adalah untuk menjadi johan. Namun, di pertengahan perjalanan, pasukan pantun sekolah telah menerima tamparan hebat apabila tunggak utama pasukan terpaksa meninggalkan pasukan kerana komitmen terhadap pertandingan di peringkat yang lebih tinggi. Ketiadaan pemantun pertama, saudari Maizatul Azwa bt. Aznan (5 Karisma) melunturkan semangat sepasukan dan semakin pincang keserasian mahupun persiapannya. Oleh itu, jurulatih pasukan mengambil keputusan untuk memanggil kaunselor sekolah, En. Othman b. Marin agar dapat memberi dorongan dan semangat yang lebih kental kepada pasukan pantun sekolah. Akhirnya pasukan pantun sekolah mendapat semula rentak untuk memulakan saingan.

Saingan hari pertama pada 27 Februari, pasukan pantun SMKDS membariskan 5 pemantun hasil daripada gandingan baru dan lama yang diterajui oleh saudara Syahnaz Ad-din Naquib bin Shuhaimi selaku pemantun pertama dari 5 Karisma. Pemantun 2 ialah Nadiatul Hazirah bt. Mohd Rosli, (3 Karisma), Pemantun 3 ialah Farah Diana bt. Mohd Hassan (5 Karisma). Zulhimi b. Zairis dan Nur Syaza bt Rabbani selaku pemantun 4 dan 5, masing-masing dari 3 dan 2 Karisma. Saingan pertama di peringkat awal pasukan SMKDS menentang SMK(P) Temenggung Ibrahim. Alhamdulillah, pasukan SMKDS dapat menumpaskan dengan mudah pasukan lawan. Pada pusingan ini, pemantun 3 SMKDS, Farah Diana dipilih oleh hakim sebagai pemantun terbaik pusingan awal. Secara automatik, pasukan SMKDS mara ke pusingan suku akhir menentang SMK Dato’ Bentara Luar. Pasukan yang sememangnya dilatih oleh pengerusi teknik pantun daerah selain merupakan pemenang tempat ketiga tahun 2012 ini amat liat untuk di tewaskan. Akhirnya, sekali lagi keputusan memihak kepada pasukan SMKDS dan pemantun 2, Nadiatul Hazirah dinobatkan sebagai pemantun terbaik suku akihir. Ironinya, sebelum pertandingan suku akhir, pemantun 2 tersebut mengalami peristiwa yang sangat melucukan apabila kasutnya terkopak. Oleh itu, Pn. Noraini bt. Tusimin selaku guru pengiring pada hari itu telah bermurah hati untuk meminjamkan kasutnya. Perlawanan disambung ke peringkat separuh akhir pada sebelah petang kira-kira jam 2 petang. Kali ini SMKDS menentang SMK Sri Medan pula. Keputusan yang memihak kepada pasukan SMKDS amat mengharukan dan mengujakan. Sekali lagi, pemantun 2 SMKDS terpilih sebagai pemantun terbaik. Mungkin berkat memakai kasut cikgu.

DSCF2260 DSCF2270 DSCF2273 IMG_0070

Peringkat akhir ditangguhkan pada 28 Febuari, Rabu. Semangat yang membara digambarkan melalui busana pemantun yang berwarna merah persis pendekar melayu dan puteri zaman dahulu kala dengan tengkolok dan sampin dagang luar menjadi pelengkap pakaian pemantun lelaki manakala pemantun perempuan mengenakan aksesori seperti tiara dan selendang bagaikan raja sehari. Namun, pada peringkat ini semua pemantun kelihatan agak kurang bersedia dan teralu gerun dengan kuasa besar dalam pertandingan pantun peringkat daerah yang dipelopori sejak dua,tiga tahun yang lalu iaitu SMK Sri Gading. Pasukan SMKDS banyak mendapat sokongan daripada sekolah-sekolah luar seperti SMK Sri Medan dan SMK Dato’ Syed Esa. Persediaan yang dilakukan juga amat banyak dan membukit namun segalanya seakan tidak menjadi ketika pemantun  memulakan aksi di pentas akhir. Segalanya agak pincang dan pemantun kelihatan kurang berkeyakinan menghadapi seteru. Keputusan Pertandingan Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Daerah Batu Pahat agak kurang memberangsangkan bagi kedua–dua pasukan berbanding tahun–tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun, pasukan SMK Sri Gading kelihatan lebih menyerlah berbanding pasukan SMKDS dengan mata 697 berbalas 677. Pasukan SMKDS terpaksa akur di kedudukan naib johan sebanyak 2 tahun berturut–turut.

Kekecewaan jelas terpamer di wajah barisan pemantun SMKDS dan jurulatih pasukan. Walaubagaimanapun, pasukan SMKDS dapat mempelajari pelbagai ilmu yang bermanfaat yang boleh dipraktikkan untuk masa hadapan selain mengenali lebih ramai orang dan dapat menguji keberanian serta minda pemantun.

Pemantun SMKDS (berbaju merah) bersama pemantun SMKSG (berbaju biru dan hitam) bergambar kenangan bersama piala dimenangi.

Pemantun SMKDS (berbaju merah) bersama pemantun SMKSG (berbaju biru dan hitam) bergambar kenangan bersama piala dimenangi.

602949_358286304285293_118372547_n 733793_358286137618643_2103349491_n

Categories: Peristiwa Tags: , ,
  1. March 8, 2013 at 8:14 pm

    Tahniah diucapkan. Sekolah mana yang johan daerah batu pahat ?

  2. March 12, 2013 at 7:43 am

    wah!comelnya

  3. aznie
    March 12, 2013 at 7:59 am

    tahniah tahniah…

  4. nabila
    March 12, 2013 at 8:12 am

    tahniah! teruskan usaha untuk mendapat johan pada tahun hadapan

  5. March 12, 2013 at 8:14 am

    SMKDS!!! good luck..

  6. nabila
    March 13, 2013 at 3:03 pm

    tahniah,,berusaha lagi untuk mendapatkan johan pada tahun hadapan

  7. March 16, 2013 at 11:46 am

    TAHNIAH !!!🙂

  8. March 16, 2013 at 11:48 am

    Syahnaz dengan Farah Diana dah macam pasangan pengantin baru pulak… hihi… 🙂

  9. aiman
    March 18, 2013 at 12:44 pm

    terbaik

  10. nia saje
    March 18, 2013 at 1:26 pm

    cemerlang.gemilang,terbilang🙂

  11. Syuhadah
    March 19, 2013 at 11:21 am

    Congratulation !🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: