Home > Peristiwa, Sains & Matematik > MAJLIS PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK

MAJLIS PELANCARAN BULAN SAINS DAN MATEMATIK

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

sains math

PARIT SULONG, 04 Mac 2013 – Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik SMKDS telah berlangsung pada pagi ini di Dewan Bestari. Tn. Hj. Mohd. Razib bin Arpan, GPK Pentadbiran selaku wakil rasmi Tuan Pengetua yang menghadiri mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat pada pagi ini telah merasmikan pelancaran Bulan Sains dan Matematik bagi tahun ini. Beliau menggalakkan para pelajar untuk mengambil peluang menyertai aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sempena Bulan Sains dan Matematik ini. Dalam ucapannya, beliau turut membuat cabaran khusus kepada para pelajar lelaki untuk cuba memenangi setiap pertandingan yang dianjurkan.

Pn. Kamariah binti Mohd. Dali, GKMP Sains dan Matematik turut memberikan taklimat ringkas tentang program-program yang bakal diadakan pada sepanjang Bulan Sains dan Matematik bermula 4 Mac sehinggalah penutupannya pada 31 Mac 2013 nanti. Program-program tersebut adalah :

  1. Hala Tuju bidang Sains dan Matematik
  2. Pertandingan Roket Air
  3. Pentas Matematik
  4. Pameran Sains dan Matematik
  5. Sudoku
  6. Saintis Muda
  7. Pertandingan Kereta Solar
  8. Portable Cooking with Nature
  9. Pertandingan Bot Solar
  10. Kuiz Matematik Tambahan
  11. Teka Silang Kata Sains
  12. Explorace
  13. Lawatan ke Pusat Sains Negara dan Petrosains

IMG_0245IMG_2930 IMG_2943

Bagi memeriahkan majlis, persembahan multimedia oleh Cik Nurul Liyana binti Kamarudin menyusul acara. Dalam persembahannya, beliau sempat menayangkan paparan visual disertai iringan muzik perlahan yang menyayat hati berkenaan gugurnya perwira negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah dalam mempertahankan keamanan tanah air. Seisi dewan senyap dan sunyi bertafakur dan menyedekahkan Al-Fatihah sejurus selepas tayangan visual berkenaan.

Majlis yang dipengerusikan oleh Cik Nazlia binti Nasir itu berakhir pada kira-kira jam 8.30 pagi setelah beberapa pengumuman dibuat oleh pengawas bertugas.

  1. March 5, 2013 at 1:02 pm

    Majlis Pelancaran Bulan Sains dan Matematik sangat bagus dan dapat mengetahui kerjaya masing-masing

  2. intan
    March 6, 2013 at 1:09 pm

    smkds maju!!!!!!!saya suka sekolah smkds!!!!!!!!!!!!!!!!!

  3. akma
    March 6, 2013 at 1:16 pm

    GURU KREATIF MURID AKTIF……. SEMOGA SMKDS MAJU JAYA…………….

  4. aznie
    March 12, 2013 at 7:43 am

    terbaiklah smkds!!!!!!!!!!!!!

  5. aiman
    March 12, 2013 at 7:58 am

    maju lah kita setiap masa,mencari pengetahuan..

  6. amierulfahmi
    March 12, 2013 at 8:00 am

    semoga SMKDS maju dalam segala bidang…yahoooo

  7. March 12, 2013 at 8:12 am

    good luck untuk semua peserta

  8. March 12, 2013 at 8:12 am

    SMKDS terbaik!!!!!…..

  9. Najiha
    March 12, 2013 at 8:20 am

    saya suka SMKDS😀

  10. nurfazira
    March 12, 2013 at 8:20 am

    semakin lama smkds semakin maju….TAHNIAH!

  11. nabila
    March 13, 2013 at 3:15 pm

    acara ini dapat menguji IQ pelajar..dan ianya sangat bagus! SMKDS maju jaya!

  12. March 16, 2013 at 11:43 am

    explorace dengan lawatan mesti best kan?🙂

  13. nia saje
    March 18, 2013 at 1:27 pm

    terbaiklah!!!

  14. Kheo Tay E Thing
    April 28, 2015 at 11:45 am

    Taniah SMKDS!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: