Home > Kurikulum, Makluman, Peperiksaan, Peristiwa > STPM 2012 : 100% LULUS PENUH, 22 CALON PEROLEH 5 PRINSIPAL

STPM 2012 : 100% LULUS PENUH, 22 CALON PEROLEH 5 PRINSIPAL

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Salwa Abdullah

PARIT SULONG, 18 Mac 2013 – Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2012 telah diumumkan pada pagi ini. Seramai 58 orang calon SMKDS telah menduduki peperiksaan tertinggi dalam sistem persekolahan di Malaysia itu pada hujung tahun 2012 yang lalu.

Alhamdulillah, peperiksaan STPM terakhir bagi format lama yang dipanggil STPM Terminal ini mencatatkan peningkatan dari segi peratus mahupun Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Berbanding tahun 2011 peratus lulus penuh adalah 98.25 %, pada tahun 2012, peratus lulus penuh adalah 100%. Lulus penuh bermakna calon mendapat sekurang-kurangnya 1 Prinsipal dalam keputusan mereka. PNGK bagi tahun 2012 pula ialah 2.40 juga menunjukkan peningkatan daripada tahun 2011  iaitu 2.34.

Jika dilihat analisis mata pelajaran, terdapat beberapa mata pelajaran mengalami peningkatan drastik termasuk mata pelajaran Sejarah yang merupakan pencapaian terbaik sepanjang zaman iaitu yang tertinggi sejak SMKDS menawarkan pengajian di peringkat Tingkatan 6 pada tahun 2005. Peratus lulus penuh bagi mata pelajaran Sejarah pada tahun 2011 adalah 66.67% meningkat kepada 90.91% pada tahun 2012. Tahniah diucapkan kepada para pelajar dan guru-guru Sejarah yang telah berusaha keras untuk mencapai keputusan baik ini.

Mata pelajaran Pengajian Perniagaan juga menunjukkan peningkatan yang banyak iaitu 86.20% pada tahun 2012 berbanding 50.88% pada tahun 2011. Peningkatan ini juga merupakan yang terbaik sejak tahun 2009. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dan para pelajar yang berjaya membantu melonjakkan keputusan pada kali ini.

Seramai 10 orang pelajar berjaya mendapat PNGK 3.00 dan ke atas dengan 2 orang calon berjaya mendapat PNGK 3.67 iaitu Saudari Nurul Aznina binti Mohd Salleh dan Saudara Sharafi Ilman bin Halim.

Walaupun tidak dapat mengatasi kecemerlangan pada tahun 2010 dengan menyaksikan 65.38% calon berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA, namun keputusan STPM tahun 2012 yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan tetap mempunyai nilai sentimental dan  kemanisan yang tersendiri. Keputusan ini akan kekal dalam lipatan sejarah STPM Terminal buat selama-lamanya sebagai keputusan STPM yang terakhir. Tiada apa yang perlu disesalkan atau perlu diubah kerana ia sudah pun berakhir. Apa yang masih mampu kita lakukan ialah bermula kembali dengan format STPM yang baharu dan semoga kejayaan demi kejayaan mampu dilakar. Walau sistemnya berbeza, perjuangan kita tetap sama. Sebagai tenaga pendidik SMKDS yang sentiasa berdaya saing dan kasihkan pelajar, misi dan visi kami tetap sama. Tidak akan pernah berubah iaitu tidak lain dan tidak bukan, ingin membentuk dan melahirkan anak-anak pelajar yang versatile dan celik ilmu dunia dan akhirat. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita semua.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: