Home > Kurikulum, Peperiksaan, Peristiwa > SPM 2012 : SMKDS TERBAIK LUAR BANDAR, KE-6 DAERAH BATU PAHAT

SPM 2012 : SMKDS TERBAIK LUAR BANDAR, KE-6 DAERAH BATU PAHAT

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

PARIT SULONG, 21 Mac 2013 – Debaran di hati para guru dan calon-calon SPM 2012 reda sudah dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi ini oleh Pn. Hjh. Noriah binti Nasir, Pengetua SMKDS di Dewan Bestari. Majlis penyerahan slip keputusan yang bermula jam 11.00 pagi itu dihadiri oleh hampir 95% calon SPM 2012.

Keputusan SPM bagi tahun 2012 ini merupakan antara keputusan paling manis dengan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dan peratus lulus yang menunjukkan peningkatan yang sangat positif. GPS bagi tahun ini adalah 4.54 yang menyaksikan SMKDS gah memintas kedudukan sekolah-sekolah ternama lain untuk selesa berada di kedudukan ke-6 dalam daerah Batu Pahat. Sekolah-sekolah pilihan (berasrama) di bandar terus mendominasi carta seperti tahun-tahun lazimnya iaitu SMK(P) Temenggung Ibrahim di tempat pertama diikuti SMK Tinggi di tempat kedua. Masih lagi sekolah pilihan yang mempunyai asrama, SMK Tun Aminah mengekalkan penguasaan di tempat ketiga dan diikuti oleh SMK Dato’ Bentara Luar dan SMK Convent.

Beberapa subjek menunjukkan peningkatan mendadak dan ini sebenarnya menjadi kekuatan dalam peningkatan GPS secara keseluruhannya. Alhamdulillah SPM 2012 juga menyaksikan SMKDS berjaya melahirkan 4 orang pelajar cemerlang (mendapat A dalam kesemua subjek yang diambil). Keempat-empat pelajar ini berjaya memperoleh 10A dan turut diberikan hadiah jambangan bunga ros yang disampaikan oleh Tuan Pengetua semasa majlis pengumuman keputusan SPM ini. Selain mereka berempat, peningkatan jumlah calon mendapat 9A, 8A dan 7A juga amat memberangsangkan.

Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian cemerlang yang berjaya dilakar oleh calon-calon SPM 2012 ini dan amat berharap agar ianya dapat dijadikan inspirasi kepada calon-calon SPM 2013 untuk membuktikan yang anda juga sama hebat seperti mereka.

Calon Cemerlang 10 A

  1. Lim Wan Ching
  2. Anis Fatihah binti Mahfodz
  3. Fildzah Anati binti Mohd Abas 
  4. Farah Farhana binti Ismail

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

  1. Nurul Asyikin
    January 28, 2014 at 9:46 am

    Tahniah kepada semua calon SPM .Semoga dapat kerja yang bagus.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: