Home > Kurikulum, Peristiwa, Teknik & Vokasional > PERTUNJUKAN SILAP MATA DI MAJLIS PELANCARAN BULAN TEKNIK & VOKASIONAL

PERTUNJUKAN SILAP MATA DI MAJLIS PELANCARAN BULAN TEKNIK & VOKASIONAL

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

teknik n vokaPARIT SULONG, 01 April 2013 – Majlis Pelancaran Bulan Teknik & Vokasional yang dirasmikan oleh Tn. Hj Mohd. Razib bin Arpan, GPK Pentadbiran selaku wakil rasmi Tuan Pengetua yang sedang bercuti kerana menunaikan umrah berlangsung meriah dengan gimik pelancaran yang julung-julung kali diadakan iaitu pertunjukan silap mata oleh pelajar SMKDS sendiri.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tn Hj Ahmad Fadhil bin Yaani, GKMP Teknik & Vokasional. Dalam ucapannya beliau sempat memberi penerangan ringkas tentang program-program dan pertandingan-pertandingan yang akan diadakan pada sepanjang bulan ini. Antara program tersebut ialah :

  • Pertandingan Video Kreatif
  • Pertandingan Rekabentuk Muka depan Majalah
  • Pertandingan Slaid Interaktif
  • Pertandingan Memasak
  • Pertandingan Membuat Kerongsang
  • Bengkel Rendering
  • Kuiz
  • Teka Silang Kata
  • Video Korporat
  • Membuat Nota Poket Kreatif

Ucapan perasmian disampaikan oleh Tn Hj Mohd Razib bin Arpan. Beliau juga berpesan agar para pelajar dapat turut serta dalam setiap program yang dirancang. Pertunjukan silap mata terus mendominasi pentas dan mengundang tawa dan kagum para hadirin yang menyaksikannya. Menggunakan alatan yang digunakan dalam setiap subjek di bawah bidang Teknik dan Vokasional, ahli silap mata muda SMKDS, Saudara Ahmad Izzan bin Hamzan berjaya membuat pertunjukan dengan mengeluarkan Tukul Warrington, Kain Muslin, Pendrive, Telefon Bimbit, Aluminium dan Paku. Persembahan paling berani yang telah beliau lakukan ialah memasukkan paku kepala rata sepanjang 3 inci ke dalam hidung beliau sendiri dengan cara menukulnya menggunakan Tukul Warrington.

Sebagai maklumat tambahan, persembahan silap mata yang lebih menghiburkan dan berani ini boleh disaksikan lagi pada Hari Gerak Kerja Kokurikulum dan Keusahawanan (GERKO).

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: