Home > Ko-Kurikulum, Peristiwa > PERKHEMAHAN ASAS PELAJAR TINGKATAN 1

PERKHEMAHAN ASAS PELAJAR TINGKATAN 1

Oleh : Syahnaz Ad-din

Foto : Syahnaz Ad-din

DSCF3121

PARIT SULONG, 23 Mac 2013 – Pada 22 dan 23 Mac 2013 yang lalu, bertempat di SMK Dato’ Sulaiman telah dijalankan program Perkemahan Asas Tingkatan 1. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini bertujuan memberi sentuhan asas kepada pelajar tingkatan 1 dalam aktiviti berkaitan unit beruniform yang mereka sertai seperti kawad kaki, mengibar bendera, ikatan dan pertolongan cemas.

Program yang disertai oleh kira-kira 110 orang pelajar daripada pelajar kelas 1 Karisma, 1 Bestari, 1 Jauhari dan 1 Harmoni dikawal selia oleh para guru pembimbing serta dibantu oleh barisan fasilitator daripada pelbagai unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Polis, St. John Ambulans, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri dan Pergerakan Puteri Islam.

DSCF2745

DSCF2763

Pendafataran para peserta dan fasilitator bermula seawal 2.30 petang. Setelah itu, peserta perkemahan memulakan aktiviti yang pertama iaitu ‘ice breaking’ dan pembahagian kumpulan dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDS. Setelah itu, mereka turut didedahkan dengan aktiviti kawad kaki asas dikendalikan oleh fasilitator Unit Beruniform Kadet Polis dan Kadet Remaja Sekolah. Aktiviti ini sememangnya dapat membentuk sahsiah yang terpuji, disiplin yang mantap dan jati diri yang kukuh kepada setiap pelajar.

Waktu malam diisi dengan aktiviti berunsur kerohanian. Selepas selesai solat Maghrib dan Isyak serta bacaan Surah Yassin, mereka mendengar ceramah daripada penceramah jemputan pihak sekolah di dewan . Pelbagai tips yang diberi untuk menjadi seorang pelajar berjaya dari pelbagai aspek kehidupan.

DSCF2755

DSCF2769

DSCF2770

DSCF2773

DSCF2800

DSCF2801

DSCF2802

DSCF2812

Pagi 23 Mac itu, peserta perkemahan melakukan aktiviti riadah dikendalikan oleh Unit Sukan. Setelah itu, aktiviti yang menjadi tumpuan pelajar dilakukan selepas mereka beriadah. Terdapat 10 kumpulan yang digerakkan secara berasingan ke stesen-stesen yang telah ditetapkan. Stesen 1, peserta diarah untuk membuka dan melipat khemah semula dalam kumpulan yang diurus oleh fasilitator Pandu Puteri dan Puteri Islam. Setelah itu, mereka bergerak ke Stesen 2 iaitu membuat ikatan. Terdapat 4 jenis ikatan yang ditunjukkan kaedahnya oleh fasilitator Pengakap perempuan kepada para peserta iaitu ikatan buku sila, simpul manuk, bunga keti/geti dan tindih kasih. Stesen berikutnya adalah pertolongan cemas yang dikendalikan oleh fasilitator St.John Ambulans. Stesen terakir adalah tugasan menaikkan bendera yang dikendalikan oleh fasilitatir Pengakap Lelaki. Tugasan ini menjadi tumpuan dan ramai peserta yang suka akan aktiviti. Sememangnya, setiap aktiviti mempunyai agenda tersirat untuk memberi penekanan terhadap aktiviti asas yang perlu mereka lakukan ketika menyertai badan beruniform.

Acara penutup dilaksanakan pada jam 2.30 petang di Dewan Bestari. Majlis Penutupan Rasmi Perkemahan Asas Tingkatan 1 yang dikendalikan oleh saudara Syahnaz Ad-din Naquib bin Shuhaimi , fasilitator Pengakap dan saudari Farah Diana binti Md Hassan, fasilitator Kadet Remaja Sekolah. Encik Ab. Zayin bin Abdullah, GPK Kokurikulum SMK Dato’ Sulaiaman berkesempatan untuk menutup rasmi majlis itu dan sudi menyampaikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada para peserta dan barisan fasilitator yang terlibat dalam menjayakan Perkemahan Asas Tingkatan 1, 2013 Fasa 1, SMK Dato’ Sulaiman.

Semoga aktiviti sebegini yang mampu memupuk nilai jati diri dan sahsiah dalam diri pelajar dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dengan aktiviti yang lebih kompleks dan praktikal.

DSCF2868

DSCF2876

DSCF2902

DSCF2905 DSCF2908

DSCF2913

DSCF3038

DSCF3042

DSCF3085

DSCF3100

DSCF3109

DSCF3118

Categories: Ko-Kurikulum, Peristiwa
  1. TheDarkKnight
    June 10, 2013 at 12:02 pm

    Hensem budak baju ungu tu……

  2. Nur Syamimi 1K
    June 10, 2013 at 12:10 pm

    perkhemahan memang seronok=)

  3. Nur Isyakierah 1K
    June 10, 2013 at 12:11 pm

    wah!!! seronoknya….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: