Home > Peristiwa, Sains & Matematik > PUSAT SAINS NEGARA JADI DESTINASI CUTI SEKOLAH

PUSAT SAINS NEGARA JADI DESTINASI CUTI SEKOLAH

Oleh : Syahnaz Ad-din

Foto : Syahnaz Ad-din

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2013 – Pada 28 Mac 2013, Persatuan Sains dan Matematik SMK Dato’ Sulaiman telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Seramai 80 orang murid bersama 7 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan ini. Sebanyak 2 buah bas telah disediakan sebagai pengangkutan untuk pergi ke Kuala Lumpur. Tepat pukul 7.00 pagi kami bertolak bergerak ke Kuala Lumpur. Kami telah berhenti di perhentian rehat dan rawat Ayer Keroh untuk mengambil sarapan pagi bagi mereka yang tidak bersarapan lagi. Perjalanan diteruskan menuju terus ke Kuala Lumpur.

Destinasi pertama yang dikunjungi ialah Pusat Sains Negara. Setelah 3 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di destinasi pertama tepat pukul 10 pagi. Sebelum memasuki bangunan, para pelajar diberi sedikit taklimat ringkas aktiviti yang terdapat di Pusat Sains Negara. Lantaran para pengunjung yang membanjiri Pusat Sains Negara, guru pengiring menasihati agar tidak terlalu leka sehingga menyebabkan kelewatan ke destinasi seterusnya. Walaupun berada di luar bangunan, Pusat Sains Negara tetap dapat menarik minat pengunjung dengan bumbung berbentuk kubah di perkarangan bangunan yang memantulkan bunyi dan sebuah set batu yang berirama.

Setelah mendapat kebenaran, para pelajar memasuki Pusat Sains Negara. Langkah pertama cukup mengkagumkan kerana disajikan dengan sebuah laluan akuarium ikan air tawar yang besar. Para pelajar kemudiannya di bawa ke sebuah alam fantasi sains dengan pancaran lampu yang mengujakan beserta peralatan sains yang menyeronokkan. Pelajar yang mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi pastinya akan mencuba pelbagai peralatan tersebut. Kumpulan besar pelajar semakin menjadi kecil lantaran lautan pengunjung yang turut sama memanfaatkan cuti sekolah dengan aktiviti di sana. Jika diamati majoriti pengunjung merupakan ibu bapa bersama anak anak mereka.

 

DSCF3041

DSCF3042

DSCF3092

DSCF3104

DSCF3124

DSCF3190

DSCF3058

DSCF3060

Para pelajar menuju ke tingkat dua seperti yang telah diarahkan oleh guru pengiring. Sport and Spinach merupakan lokasi aktiviti peserta lawatan. Banyak aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Pusat Sains Negara. Permainan yang secara tidak langsung menambah pengetahuan sangat menarik untuk dicuba. Pelajar diperuntukkan masa yang secukupnya untuk menikmati aktiviti yang disediakan. Aktiviti di sana merangkumi ujian tahap kolestrol dalam badan, ujian kekuatan otot dan permainan yang berkaitan dengan kesihatan fizikal pelajar. Setelah puas bermain di Sport and Spinach, pelajar menghabiskan masa dengan melihat pameran pameran sains yang lain dan mencuba peralatan sains yang sentiasa memancing perhatian.

Setelah menikmati makanan tengah hari dan membeli sedikit cenderamata, para peserta lawatan di bawa ke destinasi seterusnya. Tepat pukul 2.46 petang, bas lawatan sampai ke lokasi seterusnya, Planeterium Negara. Di sana para pelajar dapat menambah ilmu mengenai angkasa lepas dan sejarah sejarah berkisarkan ilmu astronomi. Tepat jam 3.00 petang, pelajar diarahkan masuk ke bilik teater untuk menonton tayangan yang telah disediakan oleh pihak Planeterium. Tayangan yang cukup menakjubkan berkisarkan sejarah terjadinya angkasa lepas yang akhirnya membawa kepada hidupan di muka bumi. Setelah tayangan berakhir, pelajar diingatkan untuk menunaikan solat bagi pelajar muslim. Peserta lawatan meninggalkan kawasan Planeterium pada pukul 4.30 petang.

DSCF3068

DSCF3099

DSCF3107

DSCF3114

DSCF3115

DSCF3131

DSCF3176

Destinasi yang dituju seterusnya menjadi penyegar minda pelajar setelah seharian menimba ilmu. Para pelajar tiba di The Mines pada pukul 6. 30 petang. Aktiviti bebas bagi para pelajar di sana sehingga pukul 8.00 malam. Pelajar turut diingatkan untuk menunaikan solat bagi pelajar muslim. Antara tempat yang mencuri perhatian pelajar ialah The Cruise yang hampir mirip kepada Venice. Banyak kedai yang menyajikan barangan yang sangat menarik untuk dibawa pulang sebagai cenderamata kepada ahli keluarga di Johor. Terdapat juga pelajar yang menghabiskan masa dengan bermain boling bersama rakan.

Tepat jam 8.00 malam, bas bergerak pulang. Tiba di kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh, pelajar diberi masa untuk solat dan makan malam sebelum meneruskan perjalanan pulang. Perjalanan seharian peserta lawatan berakhir pada pukul 11.40 malam apabila tiba di sekolah. Ibu bapa yang menanti kepulangan anak mereka menyambut mereka dengan penuh kesyukuran kerana anak mereka telah selamat pergi dan balik daripada lawatan.

 

  1. nizam
    April 4, 2013 at 12:54 pm

    saya dah pergi pusat sains negara dan planetrium negara..sangat informatif

  2. bdk pailang
    April 4, 2013 at 12:56 pm

    oppa zombie style

  3. khairen nur mohd ran
    April 4, 2013 at 1:04 pm

    terbaik ar ….. !!

  4. Dieba 'Ashiqin
    April 4, 2013 at 1:05 pm

    besttt siott …. ^_^

  5. aiman
    April 15, 2013 at 1:23 pm

    terbaik ar

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: