Home > Ko-Kurikulum, Peristiwa > PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI (SYAIR) PERINGKAT NEGERI JOHOR

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI (SYAIR) PERINGKAT NEGERI JOHOR

Oleh : Rosmawati Abd Aziz

SEGAMAT, 3 April 2013 – Kali ini Dewan SMK Agama Segamat menjadi saksi pertarungan sengit 10 penyair dari 10 daerah dalam negeri Johor. Walaupun julung kali diadakan, kehebatan dari segi vokal, nada, intonasi, tempo, gaya dan kreativiti persembahan semua peserta amat mengkagumkan. Pertandingan yang berlangsung pada 3 April 2013 jam 2.00 petang ini benar-benar menyerlahkan bakat Adik Nur Zuhairah Misran pelajar tingkatan lima SMK Dato’ Sulaiman yang mewakili daerah Batu Pahat  dalam mengapresiasi sastera setanding dengan peserta lain.

Menurut Jurulatih Pn. Rosmawati Abd Aziz (SMK Dato’ Sulaiman) dan Pn. Zarina Saamah (SK Pt. Bilal) yang turut menyaksikan pertandingan sehingga akhir, Adik Zuhairah dijangka mendapat tempat 3 teratas berdasarkan kemantapan persembahannya. Namun pengalaman yang baru setahun jagung belum cukup untuk membariskan Zuhairah dalam kalangan 3 peserta terbaik peringkat negeri.

Apapun sekalung tahniah buat Adik Zuhairah yang berjaya meraih tempat keempat.  Adik Zuhairah membawa pulang segulung sijil dan wang tunai RM50 sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

syair1

Zuhaira (empat dari kanan) bersama peserta yang lain.

syair2

Kontinjen Batu Pahat (peserta sajak – SMK Tinggi, syair – SMK Dato’ Sulaiman dan pasukan bahas – SMK Seri Medan)

syair3

Dari kiri, Akmal (peserta sajak dari SMK Tinggi), guru pembimbing, Zuhaira (peserta syair dari SMK Dato’ Sulaiman), Pn Rosmawati.

syair4

IMG_3302

IMG_3304

  1. nurfazira
    April 15, 2013 at 1:18 pm

    tahniah akak zuhaira,,terbaek lah!

  2. aiman
    April 15, 2013 at 1:21 pm

    terbaik ar..

  3. norhan
    April 25, 2013 at 3:53 pm

    🙂 tahniah….
    terbaik la!!

  4. ERINA [1 KARISMA]
    June 10, 2013 at 12:12 pm

    Tahniah!Berusaha lagi.

  5. RAja Fadilah
    April 22, 2015 at 8:26 am

    waaa hebatnya …tahniah….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: