Home > Ko-Kurikulum, Peristiwa > HARI GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO) & KEUSAHAWANAN

HARI GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO) & KEUSAHAWANAN

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Sahrul Nizam

PARIT SULONG, 20 April 2013 – Hari Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) dan Keusahawanan SMKDS tahun 2013 telah diadakan pada pagi Sabtu ini. Acara yang diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya telah menjadi sesuatu yang dinanti-nantikan oleh para pelajar kerana pada masa inilah mereka dapat melatih diri menggunakan kemahiran-kemahiran tertentu bagi memastikan kelangsungan hidup setelah tamat sesi persekolahan Tingkatan 5 mahupun Tingkatan 6.

Majlis yang dirasmikan oleh Pn. Hjh. Noriah binti Nasir, Pengetua SMKDS sendiri dimulakan dengan upacara menerima tabik hormat daripada badan-badan beruniform. Pn. Hjh. Noriah diiringi barisan pentadbir turut memeriksa barisan setiap badan beruniform yang ada. Pertandingan kawad kaki diadakan di dalam Dewan Bestari dan diadili oleh Tn. Hj. Abdul Razak bin Mohd Zin, En. Hamdi bin Md Fadzali dan En. Mohd. Nizar bin Abd Rahman.

DSC_0324

DSC_0329

DSC_0343

DSC_0344

DSC_0349

DSC_0364

DSC_0375

Pertandingan futsal turut diadakan dan mendapat perhatian pelajar-pelajar lelaki. Turut diadakan pada pagi itu ialah perlawanan persahabatan Sofbol di antara SMK Dato’ Sulaiman dan SMK Semerah. Tayangan filem-filem baru juga diadakan di Bilik Multimedia dengan yuran kemasukan sebanyak RM2 dikenakan. Pembaharuan pada sambutan kali ini, pertunjukan silap mata turut diadakan di Pusat Sumber SMKDS dengan yuran sebanyak RM1 dikenakan pada setiap kali masuk. Pertunjukan silap mata ini dianggotai oleh pelajar-pelajar SMK Dato’ Sulaiman dan bekas pelajar SMK Dato’ Onn.

DSC_0378

Sebanyak RM16,000 kupon telah terjual dengan modal sebanyak RM 3450 telah dikeluarkan. Keseluruhannya sambutan Hari GERKO kali ini telah mengaut keuntungan sebanyak RM13,998.00. Beberapa gerai telah mencatat keuntungan tertinggi telah diberi hadiah saguhati sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada pihak sekolah. Mereka adalah :

1. Gerai MPPU – Pn. Rohaizah binti Ali  (Keuntungan : RM949.00)

2. Gerai Sejarah – Pn. Halimatusadiah binti Subari (Keuntungan : RM818.00)

3. Gerai Rekacipta – En. Abu Zayin bin Abdullah (Keuntungan : RM 741.00)

4. Gerai Geografi – Pn. Hjh. Faridah binti Atan (Keuntungan : RM731.00)

DSC_0383

DSC_0385

DSC_0390

DSC_0396

DSC_0397

DSC_0402

DSC_0404

DSC_0406

DSC_0408

DSC_0412

DSC_0413

DSC_0414

  1. afiqah -1karisma-
    June 10, 2013 at 12:01 pm

    wah ! terbaik lah !!!!!

  2. HAZA [1 KARISMA]
    June 10, 2013 at 12:03 pm

    Seronoknya jual pakaian.

  3. TaQiUdDiN
    June 10, 2013 at 12:06 pm

    sedapnya makanan !!!!!!

  4. ERINA [1 KARISMA]
    June 10, 2013 at 12:06 pm

    Sedapnya makanan yang dijual.

  5. sitinoraqilah
    June 10, 2013 at 12:07 pm

    😦 ala tak ada gambar aku

  6. Hazrian 1K
    June 10, 2013 at 12:07 pm

    paling untung masa dah nak habis, dapat diskaun..

  7. Nur Emy
    June 10, 2013 at 12:08 pm

    Gerko tahun ni ok lah tapi macam tak meriah sangat sebab mungkin ada masalah mikrofon yang suaranya putus-putus . haha

  8. nur ain shuhada
    June 10, 2013 at 12:08 pm

    Wah! Banyaknya makanan.

  9. aisyah 1 karisma
    June 10, 2013 at 12:09 pm

    makanan yang dijual lazat-lazat!

  10. atiqahzulkifli
    June 10, 2013 at 12:11 pm

    bundle-bundle🙂

  11. TaQiUdDiN
    June 10, 2013 at 12:11 pm

    semua budak gembira……..

  12. aisyah 1 karisma
    June 10, 2013 at 12:13 pm

    harganya ada yang mahal ada yang murah.

  13. nur ain shuhada
    June 10, 2013 at 12:14 pm

    Hari GERKO 2013 memang terbaik…

  14. Nur Syamimi 1K
    June 10, 2013 at 12:20 pm

    seronok……….

  15. balqis khairi
    October 16, 2013 at 10:42 am

    Tahun ni smkds dapat untung yang banyak.Tahniah!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: