Home > Ko-Kurikulum, Peristiwa > SMKDS JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN SILAT SENI DAERAH TAHUN KELAPAN BERTURUT-TURUT

SMKDS JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN SILAT SENI DAERAH TAHUN KELAPAN BERTURUT-TURUT

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

Pasukan Silat Sunda Cimande SMKDS meraikan kemenangan bersama  En. Abu Zayin bin Abdullah, GPK Kokurikulum.

Pasukan Silat Sunda Cimande SMKDS meraikan kemenangan bersama En. Abu Zayin bin Abdullah, GPK Kokurikulum.

BATU PAHAT, 30 April 2013 – Pertandingan Silat Seni Daerah Batu Pahat telah berlangsung pada hari ini di dewan SMK Tinggi, Batu Pahat. Pertandingan yang telah ditutup rasmi oleh Tn. Hj. Yasman bin Jamsir, Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan, JPNJ sekali lagi membawa perkhabaran gembira buat keseluruhan pasukan silat SMKDS apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan buat tahun kelapan berturut-turut.

Latihan rutin diadakan pada setiap pagi Ahad telah dimulakan sejak awal tahun lagi dan kemudiannya kem latihan pusat diadakan pada 27 dan 28 April 2013 di Dewan Bestari. Para pesilat dan barisan pesilat pelapis telah menyertai kem latihan pusat ini. Pesilat daripada SMK(P) Temenggung Ibrahim, SK Parit Sulong dan SK Seri Comel di bawah payung perguruan sama turut mengadakan latihan keras bersama dengan pemuzik bagi memantapkan lagi persiapan.

IMG_3384

Penolong Jurulatih memberi taklimat kepada pesilat-pesilat.

IMG_3387

Tempat tidur pesilat lelaki.

IMG_3388

Tempat tidur pesilat perempuan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti upacara pembukaan gelanggang oleh En. Fauzan Nordin bin Yakmat, Jurulatih Silat Sunda Cimande Parit Sulong. Pertandingan dimulakan dengan Kategori 4 iaitu Seni Jurus Wajib Lelaki Sekolah Rendah dan diikuti oleh Sekolah Menengah. Pasukan SMKDS bagi kategori ini diwakili oleh Saudara Hafiz bin Baharuddin, Saudara Saufi bin Yusof dan Saudara Syafiq bin Saneb.  Persembahan mantap dengan pergerakan yang seiring telah ditunjukkan oleh wakil SMKDS.

IMG_3390

Pembukaan Gelanggang oleh En. Fauzan Nordin bin Yakmat, Jurulatih Silat Sunda Cimande Parit Sulong

IMG_3395

Kategori 4 – Seni Jurus Wajib (Lelaki)

Seterusnya, Kategori 1 iaitu Silat Seni Tari Perempuan Sekolah Rendah dan Menengah menyusul pula. SMKDS telah diwakili oleh Saudari Hanny Roslyza binti Md Rujelin. Persembahan yang tangkas dan yakin juga berjaya ditunjukkan oleh srikandi kita. Silat Seni Tari Lelaki pula mengambil tempat. SMKDS sekali lagi menampilkan juara bertahan, Saudara Muhd Fareez bin Mokhtar dalam kategori ini dan seperti mana yang telah dijangka, pendekar cilik bersemangat waja ini menampilkan gerak kemas penuh dengan buah pukul yang mengkagumkan hadirin yang hadir.

Kategori 2 - Seni Tari Silat

Kategori 1 – Seni Tari Silat

Peserta Seni Tari Silat (Lelaki) bersama guru pengiring, Cik Nurul Liyana Kamarudin

Peserta Seni Tari Silat (Lelaki) bersama guru pengiring, Cik Nurul Liyana Kamarudin

Selepas rehat, pertandingan bersambung semula dengan Kategori 2 iaitu Seni Silat Tempur Perempuan dan Lelaki. SMKDS meletakkan Saudari Khairen Mohd Ran dan Nur Hazlin sebagai pasangan tempur perempuan dan Saudara Muhd Fareez Mokhtar serta Muhd Shahrin Azlan sebagai pasangan tempur lelaki. Sekali lagi mereka telah menunjukkan persembahan bertenaga yang sukar digugat pesaing daripada sekolah lain yang turut bertanding. Saudara Fareez dan Shahrin juga merupakan juara bertahan dalam kategori ini.

Penolong Jurulatih memperkemas pakaian pesilat SMKDS.

Penolong Jurulatih memperkemas pakaian pesilat SMKDS.

Kategori 2 - Seni Silat Tempur (Lelaki)

Kategori 2 – Seni Silat Tempur (Lelaki)

Kategori 2 - Seni Silat Tempur (Perempuan)

Kategori 2 – Seni Silat Tempur (Perempuan)

Pemuzik SMKDS yang mahir dan sangat bertenaga.

Pemuzik SMKDS yang mahir dan sangat bertenaga.

Akhir sekali, Kategori 3 iaitu Seni Jurus Segerak Silat Perempuan dipersembahkan oleh 4 orang srikandi SMKDS iaitu Saudari Hanny Roslyza Md Rujelin, Nordiana, Nurhafiza dan Noor Shuhadah. Keempat-empat mereka juga tidak mengecewakan apabila memberikan sepenuh tenaga dan aksi mantap serta menghiburkan.

Pesilat-pesilat SMKDS menunggu giliran melakukan persembahan.

Pesilat-pesilat SMKDS menunggu giliran melakukan persembahan.

Kategori 3 - Seni Jurus Segerak

Kategori 3 – Seni Jurus Segerak

Antara jurus yang ditunjukkan dalam persembahan mereka.

Antara jurus yang ditunjukkan dalam persembahan mereka.

Apabila senarai pemenang diumumkan, SMKDS sekali lagi telah melakar sejarah baru apabila menyapu bersih Johan bagi 5 kategori yang dipertandingkan dan 1 Naib Johan. Dengan kemenangan selesa itu, Johan Keseluruhan sekali lagi berpihak kepada SMK Dato’ Sulaiman. Alhamdulillah, berkat kerja keras dan sokongan dari semua pihak, kejayaan ini masih milik kita.

Barisan juri pertandingan. Dari kanan, En. Mohd. Jailani bin Asrah, Pn. Faramira binti Fauzan dan En. Fauzan Nordin bin Yakmat.

Barisan juri pertandingan. Dari kanan, En. Mohd. Jailani bin Asrah, Pn. Faramira binti Fauzan dan En. Fauzan Nordin bin Yakmat.

Para pesilat menikmati hidangan tengah hari.

Para pesilat menikmati hidangan tengah hari.

Berehat dan menikmati makan tengah hari.

Berehat dan menikmati makan tengah hari.

Senarai keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Kategori 1 – Silat Seni Tari (Lelaki)

Johan  : SMKDS

Naib Johan : SMKTI

Ketiga : SMKTP

Keempat : SMKPS

Kategori 1 – Silat Seni Tari (Perempuan)

Johan : TIGS

Naib Johan : SMKDS

Ketiga : SMKSM

Keempat : SMKTI

Kategori 2 – Seni Silat Tempur Lelaki

Johan : SMKDS

Naib Johan : SMKTP

Ketiga : SMKS

Kategori 2 – Seni Silat Tempur Perempuan

Johan : SMKDS

Naib Johan : SMKTP

Ketiga : TIGS

Kategori 3 – Seni Jurus Segerak Silat Perempuan

Johan : SMKDS

Naib Johan : SMKSM

Ketiga : SMKTP

Kategori 4 – Seni Jurus Wajib Lelaki 

Johan : SMKDS

Naib Johan : SMKTP

Ketiga : SMKS

Keempat : SMKBJ

Johan Keseluruhan Lelaki : SMKDS

Johan Keseluruhan Perempuan : SMKDS

JOHAN KESELURUHAN : SMKDS

Johan Seni Jurus Wajib. Dari kiri, Mohd Syafiq bin Saneb, Mohd Saufi bin Yusof dan Mohd Hafiz bin Baharuddin

Johan Seni Jurus Wajib. Dari kiri, Mohd Syafiq bin Saneb, Mohd Saufi bin Yusof dan Mohd Hafiz bin Baharuddin

Pemuzik berbakat. Dari kiri : Saufi, Shahrin, Fatin, Afiqah dan Ika. Atas : Syafiq

Pemuzik berbakat. Dari kiri : Saufi, Shahrin, Fatin, Afiqah dan Ika. Atas : Syafiq

Johan Seni Jurus Segerak Silat. Dari kiri, Hanny Roslyza, Noor Shuhadah, Nurhafiza dan Nordiana.

Johan Seni Jurus Segerak Silat. Dari kiri, Hanny Roslyza, Noor Shuhadah, Nurhafiza dan Nordiana.

Johan Seni Silat Tempur Lelaki dan Johan Seni Silat Tempur Perempuan. Dari kiri : Fareez, Shahrin, Khairen dan Hazlin.

Johan Seni Silat Tempur Lelaki dan Johan Seni Silat Tempur Perempuan. Dari kiri : Fareez, Shahrin, Khairen dan Hazlin.

  1. khairen nur mohd ran
    May 9, 2013 at 1:26 pm

    huh !terbaik dato ….selepas nier ke negeri plak …

  2. balqiskhairi
    June 10, 2013 at 12:00 pm

    TAHNIAH KEPADA SMK DATO SULAIMAN. KEEP IT UP!!

  3. atiqahzulkifli
    June 10, 2013 at 12:13 pm

    best nya lawan silat

  4. nabihah salleh
    August 27, 2014 at 10:43 am

    bestnya silat….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: