Home > Peristiwa > JEREBU MELANDA MALAYSIA : SMKDS AMBIL LANGKAH TANGGUHKAN KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH

JEREBU MELANDA MALAYSIA : SMKDS AMBIL LANGKAH TANGGUHKAN KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

Persekitaran SMKDS dirakamkan jam 10 pagi pada 19 Jun 2013 dilanda jerebu teruk.

Persekitaran SMKDS dirakamkan jam 10 pagi pada 19 Jun 2013 dilanda jerebu teruk.

PARIT SULONG, 20 Jun 2013 – Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.

Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.

Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:

  • Pembakaran terbuka
  • Pembukaan tanah
  • Penggunaan kenderaan bermotor
  • Pembakaran bahan api industri

 

api api2

Jerebu di Malaysia

Di kawasan tropika , angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun  barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.

Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itu jerebu jarang kelihatan.

Selain itu, negara jiran Singapura turut dilanda jerebu tebal yang memenuhi ruang udara negara itu ekoran kesan kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia. 

SMKDS mengambil langkah awal menangguhkan segala aktiviti luar bilik darjah seperti Pendidikan Jasmani dan latihan sukan yang telah dijadualkan sepanjang bulan Jun ini bagi meminimumkan para guru dan pelajar daripada terdedah dengan jerebu. Topeng muka telah diedarkan secara percuma kepada semua pelajar, guru dan kakitangan semalam.

IMG_4150

IMG_4151

IMG_4152

IMG_4153

IMG_4154

IMG_4155

IMG_4156

  1. Iqa_
    October 16, 2013 at 10:47 am

    Alhamdulillah,jerebu sudah berakhir.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: