Home > Latihan Staf, Pendidikan Islam, Peristiwa, Tazkirah & Tazkiyah > IFTAR PERDANA DAN KHATAM AL-QURAN KEBIRU SMKDS PADA HARI KE-22 RAMADHAN

IFTAR PERDANA DAN KHATAM AL-QURAN KEBIRU SMKDS PADA HARI KE-22 RAMADHAN

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin, Nazlia Nasir

1001078_598141306876049_1419244779_n

PARIT SULONG, 31 Julai 2013 – Alhamdulillah, program rutin SMKDS sepanjang bulan Ramadhan iaitu bertadarus Al-Quran sekali lagi berjaya dilaksanakan dengan lancar. Jawatankuasa BADAR telah membuat jadual pembahagian mengikut juzuk sejak awal Ramadhan yang lalu dan kemuncaknya adalah program Khatam Al-Quran dan iftar anjuran KEBIRU bersama BADAR telah diadakan bermula jam 6.00 petang lagi.

Para guru dan staf sokongan bersama ahli keluarga masing-masing sama-sama memberi sokongan yang baik dalam menjayakan program ini. Suasana damai dan tenang menyelubungi surau SMKDS tatkala semua jemaah menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca ketika ingin membatalkan puasa. Hidangan kurma dan kuih-muih di dalam talam beserta kopi panas dan air mineral menjadi santapan membasahkan tekak dan mengalas perut sebelum sama-sama berjemaah menunaikan solat fardhu Magrib. Terasa seolah ada ikatan yang sangat kuat di antara setiap jemaah yang hadir dan kemesraan mudah wujud walaupun terdapat sebahagian jemaah baru sahaja bertemu buat kali pertama. Masha Allah, itulah kekuatan solat berjemaah.

399179_598141716876008_749450741_n

529117_598141643542682_545187055_n

556312_598142190209294_644454490_n

943711_598142793542567_645531200_n

945963_598141813542665_1949643808_n

996893_598141880209325_924806599_n

1043968_598142713542575_1267326906_n

Usai mengaminkan doa yang dibaca oleh imam solat Magrib, Ustaz Mesri bin Abdullah, para guru dan staf bersama ahli keluarga masing-masing berjalan bersama-sama menuju ke kantin sekolah. Hidangan kampung seperti botok, sayur lemak, sambal belacan, ikan kering, ayam goreng beserta ulam-ulaman mudah sahaja memikat selera hadirin yang hadir. Sekali lagi, aktiviti makan beramai-ramai ini tidak dapat dinafikan menjadi medan pengikat silaturrahim antara guru, staf dan ahli keluarga masing-masing. Dengan baki 8 hari lagi untuk Syawal diraikan, perbualan para hadirin berkisar tentang persiapan hari raya yang belum selesai lantaran tuntutan tugas yang lebih utama perlu diselesaikan. Apa tidaknya, minggu ini sahaja, pelajar Tingkatan 4 menduduki Penilaian Kurikulum 2 manakala pelajar Tingkatan 1 dan 2 menduduki penilaian Sains dan Matematik peringkat antarabangsa. Pelajar Tingkatan 3 turut sama berjuang dalam Peperiksaan Percubaan PMR dan pelajar Tingkatan 5 sedang bertungkus-lumus membuat kemaskini terakhir PBS bagi subjek-subjek tertentu yang dijangka akan dipantau dan diselia pada hari kedua persekolahan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri.

535712_598141103542736_1918674728_n

946709_598141503542696_1901194286_n

1012454_598141570209356_60413254_n

1014184_598140413542805_1254754213_n

1097975_598140913542755_1666230270_n

1098428_598140670209446_1184099307_n

Program diteruskan lagi dengan solat Isyak dan solat sunat terawih berjemaah. Syukur kepadaMu ya Rabbul Jalil memberi nikmat kenyang ketika kami begitu lapar dan dahaga, memberi kami ruang mengadu dalam setiap doa yang kami panjatkan. Terima kasih ya Allah menyediakan 1001 tawaran hebat penggandaan pahala pada sepanjang Ramadhan ini. Alhamdulilah, syukur.

998895_598142276875952_105533711_n

  1. aqis
    October 16, 2013 at 10:36 am

    Bangga tengok cikgu-cikgu SMKDS baca doa makan

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: