Home > Ko-Kurikulum, Peristiwa > PERTANDINGAN SILAT SENI PERINGKAT NEGERI JOHOR : SMKDS BERJAYA REBUT 2 GANGSA

PERTANDINGAN SILAT SENI PERINGKAT NEGERI JOHOR : SMKDS BERJAYA REBUT 2 GANGSA

20140523_161200

 

Pertandingan Silat Seni Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor 2014 telah berlangsung pada 22, 23 dan 24 Mei 2014 bertempat di SMK Bandar Putera, Kulaijaya. Kontinjen Daerah Batu Pahat diwakili oleh pesilat-pesilat SMK Dato’ Sulaiman seperti tahun-tahun sebelumnya setelah gah menyapu bersih tempat pertama bagi kesemua 4 kategori yang dipertandingkan di peringkat Daerah Batu Pahat.

Latihan keras dan semangat melawan yang ditunjukkan oleh barisan pesilat SMKDS telah menghasilkan persembahan yang membanggakan dan berjaya merebut pingat Gangsa bagi 2 kategori iaitu Seni Jurus Silat Putera dan Seni Jurus Silat Puteri. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada pasukan silat SMKDS termasuklah para jurulatih, guru penasihat, guru pengiring, pasukan sorak dan pasukan muzik.

Sesungguhnya, kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana saban tahun saingan  yang diberikan oleh daerah-daerah lain juga semakin sengit. Semoga SMKDS terus berjaya melakar kejayaan dalam dunia persilatan yang begitu sinonim di kalangan warga Parit Sulong. Ayuh pahlawanku!

20140523_17530520140522_17541820140523_174844

  1. nursarafina bt mislan
    September 3, 2014 at 9:12 am

    hebat budak2 silat smkds

  2. syahidah
    September 3, 2014 at 9:12 am

    tahniah

  3. Hasanah Katman
    September 3, 2014 at 9:22 am

    tahniah!

  4. nur athirah
    September 3, 2014 at 10:33 am

    smart ! congrate !

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: