Home > Pendidikan Islam, Peristiwa, Tazkirah & Tazkiyah > SMKDS MULA LAHIRKAN ‘PENCETUS UMMAH’

SMKDS MULA LAHIRKAN ‘PENCETUS UMMAH’

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin

Adik Al-Hafizudin begitu bersahaja menyampaikan tazkirah di hadapan barisan guru termasuk Pengetua dan semua pelajar SMKDS.

Adik Al-Hafizudin begitu bersahaja menyampaikan tazkirah di hadapan barisan guru termasuk Pengetua dan semua pelajar SMKDS.

Slot pembudayaan Al-Quran yang diperuntukkan pada setiap hari Khamis bermula jam 7.05 pagi yang rutinnya dimulai dengan bacaan Al-Mathurat di Dewan Bestari diteruskan lagi pada tanggal 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435H yang lalu. Bacaan Surah Yasin menyusul acara sehingga jam 7.40 minit pagi. Usai doa diaminkan, warga SMKDS ternanti-nanti apakah pengisian slot yang akan dijalankan oleh Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) SMKDS sehinggalah seorang pelajar Tingkatan 6 Rendah berdiri penuh yakin memegang mikrofon dan membuka komputer riba mula memberikan salam kepada semua.

Adik Muhammad Al-Hafizuddin bin Samsudin atau popular dengan gelaran Pencetus Ummah (PU) Al memulakan bicaranya dengan gaya yang begitu bersahaja dan tersendiri hingga mengundang tawa dan senyum di wajah setiap guru. Penyampaiannya tidaklah begitu lancar atau hebat laksana gaya seorang pemidato, tetapi kejujuran setiap bait perkataan yang keluar dari bibirnya dengan sedikit elemen humor yang diselitkan telah berjaya memukau lebih 1000 orang pelajar yang mendengarnya. Buktinya, tiada seorang pelajar pun yang berbual sesama sendiri sebaliknya sentiasa menyahut setiap soalan yang dilontarkan.

Beliau menyampaikan tazkirah berkenaan Amalan-amalan Rasulullah dalam pemakanan, serta amalan-amalan yang digalakkan ketika berpuasa dan berbuka puasa. Tazkirah ringkas tetapi banyak info berguna tersebut mendapat tepukan sangat gemuruh daripada para hadirin. Ustaz Mohd. Khir bin Amin selaku pengacara dan mentor PU Al-Hafizuddin sempat berseloroh meminta Tn. Hj. Armas bin Derusman, Pengetua SMKDS memberikan penggredan dalam bentuk ‘bintang’ kepada persembahan PU Al-Hafizuddin. Tuan Pengetua dengan yakin dan bangga memberikan 5 Bintang kepada persembahan hebat dari pelajar SMKDS tersebut dan disambut dengan tepukan gemuruh para pelajar. Sekali-sekala, apabila ilmu disampaikan oleh wajah yang berlainan dengan latar belakang pendidikan yang juga berlainan dan datang dari kalangan pelajar sendiri, impaknya sangat besar. Semoga usaha baik membawa format rancangan realiti terbitan Astro Oasis, Pencetus Ummah ini dapat diteruskan di SMKDS. Siapa tahu SMKDS benar-benar dapat melahirkan tokoh ilmuan yang fasih dan yakin menyampaikan ilmu di pentas yang lebih tinggi suatu hari nanti. Insha Allah.

20140717_075352    20140717_075413

20140717_075054

  1. nurnabihah
    August 27, 2014 at 10:29 am

    wah,imam muda…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: