Home > Peristiwa > Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1,2,3,5 dan Pra-U Berjalan Lancar

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1,2,3,5 dan Pra-U Berjalan Lancar

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Sahrul Nizam Marbon

IMG-20150113-WA0000

Pendaftaran para pelajar SMK Dato’ Sulaiman bagi sesi persekolahan tahun 2015 telah dijalankan pada 31 Disember 2014 yang lalu. Para guru yang terlibat telah bersedia di kelas masing-masing dan memulakan urusan pendaftaran sejak jam 8.00 pagi. Para ibubapa juga telah berada dalam perkarangan sekolah sejak awal pagi lagi. Para pelajar yang hadir bersama ibubapa atau penjaga melihat senarai nama penempatan kelas di papan kenyataan yang diletakkan di depan Dewan Bestari dan mengiringi ibubapa masing-masing ke kelas mereka.

Berbeza dengan para pelajar Tingkatan 1, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran mereka dengan ucapan alu-aluan daripada Tn. Hj. Armas bin Derusman, Pengetua SMKDS di Dewan Bestari sebelum di bawa ke kantin untuk jamuan ringan seterusnya melawat kelas mereka.

Tuan Pengetua menerangkan sesuatu kepada bapa dan penjaga.

Tuan Pengetua menerangkan sesuatu kepada bapa dan penjaga.

Tn. Hj. Armas bin Derusman menyampaikan taklimat kepada ibubapa dan penjaga para pelajar Tingkatan 1.

Tn. Hj. Armas bin Derusman menyampaikan taklimat kepada ibubapa dan penjaga para pelajar Tingkatan 1.

Perkarangan SMKDS dilihat cukup meriah dengan deretan kenderaan ibubapa serta penjaga dan para pengawas yang terdiri daripada pelajar-pelajar Pra-Universiti yang bertugas sebagai penyambut tetamu dan penunjuk arah. Selain menyelesaikan urusan pendaftaran, pemberian buku teks di bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pembelian set buku tulis mengikut tingkatan di Koperasi SMKDS juga turut diadakan.

20141231_094708  20141231_102004  IMG-20150113-WA0003

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: