Home > Peristiwa > Amalan Rukun & Sepakat Jadi Tunjang Sambutan Maulidur Rasul di SMKDS

Amalan Rukun & Sepakat Jadi Tunjang Sambutan Maulidur Rasul di SMKDS

Oleh  : Lyana Kamarudin

Foto : Lyana Kamarudin, Mohd. Nor Adanan, Noraishah Abu Samah, Ab. Zayin Abdullah

Perpaduan Nadi Transformasi Negara

Guru-guru dan kakitangan SMKDS sibuk memasak jamuan untuk para pelajar.

Guru-guru dan kakitangan SMKDS sibuk memasak jamuan untuk para pelajar.

Pada hari Khamis yang lalu iaitu 29 Januari 2015 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1436H bertempat di Dewan Bestari SMKDS, telah diadakan Program Sambutan Maulidur Rasul 1436H. Program bermula dengan jamuan makan di dalam talam bagi menghidupkan amalan mengikut Sunnah Nabi. Para pelajar mengikuti sesi P&P di kelas masing-masing dan bergerak ke kawasan tempat letak kereta guru untuk mengambil nasi dan lauk-pauk sebelum menikmati hidangan tersebut di laluan Asmaul Husna. Bermula jam 9.50 pagi, para pelajar Tingkatan 1, 2 (sesi pagi), 3 dan 6 beratur menunggu giliran diikuti Tingkatan 4 dan 5 pada pukul 10.30 pagi. Para pelajar sesi petang hadir awal ke sekolah iaitu sekitar jam 11.30 pagi dan terus beratur mendapatkan hidangan mereka.

Hidangan jamuan pada hari ini disediakan dan dimasak sendiri oleh para guru, kakitangan dan AJK PIBG serta para pelajar Tingkatan 6 dan ahli-ahli Pasukan Unit Beruniform tertentu. Aktiviti rewang yang cukup sinonim dalam kalangan masyarakat di Parit Sulong ini turut dipraktikkan di SMKDS. Sejak petang Rabu (28 Januari), usai Kejohanan Merentas Desa lagi mereka telah mula membuat penyediaan bahan-bahan masakan, membasuh ayam dan menggorengnya. Aktiviti rewang ini berlanjutan sehingga pada sebelah malam.

IMG_20150201_095336 IMG_20150201_095215 IMG_20150201_095300 IMG_20150201_095303IMG_20150201_095329 IMG_20150201_095333

Pada sebelah pagi program sambutan diadakan, aktiviti rewang ini masih diteruskan malahan bertambah meriah dengan kerjasama daripada para pelajar. Program sambutan di Dewan Bestari dimulai dengan bacaan doa alunan berzanji, nyanyian nasyid dan kemuncaknya adalah ceramah oleh Ustaz Muhd. A. Wahid bin Ibrahim. Banyak info dan kemahiran yang dapat para pelajar kuasai dengan penglibatan mereka secara langsung pada sepanjang program ini berlangsung.

IMG_20150201_095158

Barisan guru dan AJK PIBG bersama Ustaz Muhd. A. Wahib bin Ibrahim (tiga dari kiri), penceramah jemputan sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Para pelajar Cina menikmati jamuan yang disediakan.

Para pelajar Cina menikmati jamuan yang disediakan

IMG_20150201_095256 IMG_20150201_095307 IMG_20150201_095309

Semoga amalan gotong-royong dalam setiap aktiviti sekolah di antara para guru, kakitangan, ibubapa dan para pelajar SMKDS itu sendiri dapat diteruskan bertepatan dengan moto SMKDS : GUYUP!

Moto SMKDS

GUYUP  : Rukun dan Sepakat

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: