Home > Peristiwa > Rumah Panglima Gah Juarai Kejohanan Merentas Desa 2015

Rumah Panglima Gah Juarai Kejohanan Merentas Desa 2015

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Armas Derusman, Lyana Kamarudin, Mohd Nor Adanan, Noraishah Abu Samah.

En. Elias, YDP PIBG SMK Dato' Sulaiman melepaskan hon udara bagi memulakan larian Kategori Perempuan Bawah 15 tahun.

En. Elias bin Ismail , YDP PIBG SMK Dato’ Sulaiman melepaskan hon udara bagi memulakan larian Kategori Perempuan B.

Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini telah berjaya diadakan pada 28 Februari 2015 yang lalu. Para pelajar telah berkumpul di padang sekolah mengikut rumah sukan masing-masing seawal jam 7.15 pagi lagi. Para guru sibuk mengagihkan sarapan dan kain nombor peserta kepada ahli-ahli rumah sukan mereka dan disusuli dengan sesi memanaskan badan yang diketuai oleh Cikgu Sahrul Nizam.

20150128_080451 20150128_080517 20150128_080610 20150128_080644 20150128_081017 20150128_081253

Sesi larian dimulakan tepat jam 8.30 pagi dimulai dengan kategori Perempuan C diikuti kategori Perempuan B dan kategori Perempuan A. 1 jam kemudian, pelajar-pelajar lelaki pula dilepaskan dimulai dengan kategori Lelaki C diikuti Lelaki B dan akhirnya Lelaki A.

IMG_20150128_132224 IMG_20150128_132231 IMG_20150128_132238 IMG_20150128_132308 IMG_20150128_132321 IMG_20150128_132508 IMG_20150128_132549 IMG_20150128_132552 IMG_20150128_132701 IMG_20150128_132705 IMG_20150128_132715 IMG_20150128_132743

Tepat jam 10.30 pagi semua pelajar dan para guru terlibat telah memulakan sesi P&P di kelas masing-masing sebelum bergerak ke Dewan Bestari bagi acara penyampaian hadiah pada pukul 12.30 tengah hari. Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan mengikut rumah. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas semangat juang yang ditunjukkan, para guru dan kakitangan yang bekerjasama serta AJK PIBG yang turut hadir memberi sokongan kepada kemenjadian murid SMKDS.

  • Johan : Panglima (Oren)
  • Naib Johan : Bentara (Ungu)
  • Ketiga : Hulubalang (Kuning)
  • Keempat : Temenggung (Hijau)
  • Kelima : Laksamana (Merah)
  • Keenam : Bendahara (Biru)

20150128_090919

Categories: Peristiwa
  1. yaya
    April 28, 2015 at 11:39 am

    tahniah lah pada yang menan tu….hehe

  2. yaya
    April 28, 2015 at 11:41 am

    tahniah lah pada yang menang merentas desa tu..semoga sihat je

  3. siti atira
    April 28, 2015 at 11:51 am

    Oren!!Oren!!Oren!!
    kuatkan semangat mu.hoho….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: