Home > Peristiwa > Kontinjen Merentas Desa MSSD Tetap Puas Hati di Tempat Ketiga

Kontinjen Merentas Desa MSSD Tetap Puas Hati di Tempat Ketiga

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Wan Arif

IMG_20150204_110547

Kejohanan Merentas Desa MSSD bagi tahun 2015 berlangsung di SMK Seri Medan pada 2 Februari yang lalu. SMKDS menghantar seramai 32 orang peserta mewakili 4 kategori iaitu L18, P18, L15 dan P15. Mereka telah mula menjalani latihan sejak cuti sekolah yang lalu iaitu sekitar bulan Disember 2014 di bawah kejurulatihan Cikgu Amfal bin Basari. Namun, matahari yang disangka terbit sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kontinjen SMKDS gagal mempertahankan kejuaraan yang diraih pada tahun 2014 tetapi tetap berpuas hati berada di tempat ketiga keseluruhan daripada 34 buah sekolah yang bertanding pada kejohanan tersebut. Usaha dan masa yang mereka peruntukkan bukan sedikit, justeru pihak sekolah amat menghargai sumbangan yang diberikan meski pahit untuk ditelan apabila piala pusingan terpaksa bertukar tangan. Semoga para atlet bangkit dan beroleh kejayaan yang lebih banyak pada tahun hadapan.

Berikut merupakan senarai pemenang keseluruhan :

  1. Johan : MRSM Batu Pahat
  2. Naib Johan : SMK Dato’ Syed Esa
  3. Ketiga : SMK Dato’ Sulaiman
  4. Keempat : SM Sains Batu Pahat
  5. Kelima : SMK Semerah
  6. Keenam : SMK Seri Medan
  7. SMK Seri Gading
  8. SM Cina Hwa Jin
  9. SMK Dato’ Bentara Luar
  10. SMA Parit Raja

IMG_20150204_110550 850324985_42350

Satisfaction lies in the effort, not in the attainment. Full effort is the full victory.

Kepuasan itu terletak pada usaha, bukannya pencapaian. Usaha yang sempurna adalah kemenangan sempurna.    – Mahatma Gandhi

Categories: Peristiwa
  1. Hanis Hananni
    April 22, 2015 at 8:21 am

    Teruskan usaha SMKDS

  2. Norlaila binti Jamaludin
    April 22, 2015 at 8:23 am

    Tahniah atas kejayaan anda semua walaupun dapat tempat ke-3 dalam Kejohanan Merentas Desa MSSD

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: