Home > Peristiwa > Pendidik SMKDS Pentingkan Kesihatan, Sertai Seminar Kanser Oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Pendidik SMKDS Pentingkan Kesihatan, Sertai Seminar Kanser Oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Ab Zayin bin Abdullah

850322038_31627

Pada 26 Mac 2015, SMKDS telah menjemput pegawai daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk berkongsi maklumat bagi menanam kesedaran tentang ancaman kanser kepada nyawa manusia. Para pendidik SMKDS tidak melepaskan peluang untuk turut serta di dalam seminar ringkas tetapi padat dengan maklumat, tips dan perkongsian yang cukup menginsafkan dan mewujudkan kesedaran itu.

Pegawai daripada MAKNA, Encik Hazwan Hafiz mengingatkan para pendidik agar sentiasa menitikberatkan aspek pemakanan dan gaya hidup bagi menjamin kesihatan diri. Beliau turut menayangkan video seorang pelajar Tingkatan 2 yang merupakan penghidap kanser tisu di Pagoh, Muar. Video tersebut memaparkan pihak MAKNA bersama pihak Hospital Muar dan individu-individu lain cuba membawa pesakit kanser tersebut daripada rumahnya yang agak usang ke Hospital Muar untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik. Apa yang paling meruntun hati para pendidik yang menyaksikannya adalah apabila mengetahui akhirnya pesakit tersebut telah meninggal dunia selepas 30 minit tiba di hospital.

Diakhir slot, para pendidik yang berhajat membuat potongan gaji secara terus untuk mengisi dana MAKNA bagi membiayai pesakit kanser di Malaysia khasnya bagi golongan yang tidak berkemampuan mengisi borang-borang yang disediakan dan diserahkan kepada pegawai MAKNA.

850324713_90086 850322987_33278

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: