Home > Peristiwa > Dramatis SMKDS Tunjuk Bakat, Raih Tempat Ketiga Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Batu Pahat

Dramatis SMKDS Tunjuk Bakat, Raih Tempat Ketiga Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Batu Pahat

Oleh : Lyana Kamarudin, Zalina Amat Rosman

Foto : Zalina Amat Rosman, Sahrul Nizam

Barisan pelakon dan krew drama 'Tiang Cengal Dinding Sayung'

                         Barisan pelakon dan krew drama ‘Tiang Cengal Dinding Sayung’

Turut menggondol Anugerah Pelakon Perempuan Terbaik dan

Anugerah Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik

Pertandingan Drama Komponen Sastera (KOMSAS) Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat telah diadakan di Dewan Bestari, SMK Dato’ Sulaiman pada 30 Mac 2015 yang lalu. Seramai 15 orang pelajar terlibat dalam pasukan drama ini mendapat bimbingan oleh Pn. Zalina binti Amat Rosman, En. Mohd Yusof bin Abu Bakar, Pn. Noor Leha binti Mamhakim, Cik Hjh Siti Mariam binti Abdullah, Pn. Mazlita binti Man, Pn. Kartini binti Ahmad dan En. Mohd Khir bin Md Amin.

IMG-20150330-WA0006

Membawakan tajuk drama ‘Tiang Cengal Dinding Sayung’ daripada Teks Tingkatan 5 Antologi Dirgahayu Bahasaku, pasukan drama SMKDS yang kali pertama menyertai pertandingan ini dengan pemilihan pelakon secara bidang terjun dan tangkap muat, membuktikan dimana ada kemahuan, di situ ada jalan apabila memberikan lakonan yang bertenaga dan penuh penghayatan.

Menjalani latihan intensif selama 10 hari sebelum pertandingan, berkat kesungguhan para pelakon dan krew telah berjaya meruntun jiwa penonton sehingga ramai yang menitiskan air mata seterusnya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Berikut adalah senarai ahli pasukan drama SMKDS :

  • Azlin binti Othman sebagai Mak Jimah
  • Muhd Azrul Aiman bin Mat Yusof sebagai Sani
  • Najhan Amiruddin bin Nazlan sebagai Sabri
  • Muhd Fahmi bin Mohd Anuar sebagai Shahrul
  • Ain Farhadhia binti Ahmad Daud sebagai Sabariah
  • Siti Noraisah binti Md Zainudin sebagai Salmah
  • Nurhafiza binti Bakri sebagai Wan Malini
  • Muhd Irfan bin Md Nordin sebagai Pak Man
  • Noor Anis Adila binti Omar sebagai Mak Jah
  • Muhamad Dinnie bin Mohd Husaini sebagai Pak Jumaat
  • Muhd At-Tirmuzi bin Sudin sebagai Man Bengap
  • Nurkamalia binti Nor Rahim (Pengarah)
  • Muhd Najjib bin Johar (Pereka Latar/Prop)
  • Nurhazwani binti Marsila (Penata Muzik)
  • Ina Norina binti Esa (Kostum & Solekan)
IMG-20150403-WA0011

Azlin (kiri) Pelakon Perempuan Terbaik, Ain (kanan) Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik

Categories: Peristiwa
  1. mai
    April 22, 2015 at 8:22 am

    hebat sungguh!!saya berbangga dengan kejayaan yang telah anda kecapi..

  2. RAja Fadilah
    April 22, 2015 at 8:31 am

    wah…hebat ..terbaikSMKDS

  3. Hanis Hananni
    April 22, 2015 at 8:33 am

    Sedihnya tak dapat tengok drama komsas SMKDS… apa-apapun tahniah

  4. Nur Yasmin Nazira
    April 22, 2015 at 8:33 am

    Terbaik lah..SMKDS..

    • Nurul amira
      April 28, 2015 at 11:46 am

      saya setuju

  5. Nurul amira
    April 28, 2015 at 11:43 am

    wow…terbaiklah

  6. Fara Anisa
    April 28, 2015 at 11:52 am

    sedihla tak dapat tengok drama komsas SMKDS … tapi apa-apapun TAHNIAH !!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: