Home > Peristiwa > Hari Anugerah Kecemerlangan 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan 2014

Oleh : Mohd Nor Adnan

Foto : Mohd Nor Adnan

DSC_0107 DSC_0103

Pihak sekolah bersama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Dato’ Sulaiman telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2014 pada Hari Sabtu, 4 April 2015 bertempat di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman. Majlis ini diadakan bersama dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38.

Seramai 129 orang pelajar telah menerima piala dan Sijil Kecemerlangan masing-masing yang diperolehi sepanjang tahun 2014 sama ada di dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Dua orang jurulatih sekolah, melalui program KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) juga telah dianugerahkan dengan Anugerah Jurulatih Cemerlang. Mereka ialah jurulatih silat dan taekwan-do.

Pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM, selain menerima sijil dan piala, mereka juga dianugerahi hadiah berbentuk wang tunai sumbangan PIBG SMK Dato’ Sulaiman.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Dr. Roslinda binti Jaafar, seorang Pakar Perubatan yang bertugas di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan bekas pelajar sekolah ini (1991 – 1995). Beliau adalah merupakan seorang pakar di bidang Patalogi (Mikrobiologist Klinikal) dan bercita-cita melanjutkan pelajarannya di dalam bidang  sub-kepakaran Bakterialogi. Anak kelahiran Kg. Parit Gantong ini juga merupakan seorang atlet sekolah sewaktu menjadi pelajar di sekolah ini. Beliau pernah menjadi Johan acara Merentas Desa 3000 m dan mewakili daerah Batu Pahat ke peringkat MSSJ pada tahun 1995.

850324091_96555 850324588_95869

Categories: Peristiwa
  1. fatin nur hafizah
    April 22, 2015 at 8:37 am

    tahniah diatas kejayaan anda! ibu bapa anda mesti berbangga dengan kejayaan anda,teruskan usaha dan belajar bersungguh-sungguh!!

  2. Hanidah
    April 28, 2015 at 11:52 am

    tahniah yang sudah berjaya tu . yang gagal jangan mengalah teruskan usaha kerana gagal sekali tidak bermakna kita gagal untuk selamanya😉

  3. Nur Syuhaidah
    April 28, 2015 at 12:01 pm

    comellah kak zarish kat atas pentas.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: