Archive

Author Archive

Taekwondo SMKDS di Persada Antarabangsa

August 4, 2014 16 comments
Taekwondo international 2014 (1)

Atlit dari kiri: Ayuni, Intan Syuhada.

Taekwondo international 2014

Atlit dari kiri: Putri Syazana, Nur Arinasyairah dan Aida Syahira

Pada 7 Jun 2014 yang lalu, satu kejohanan Taekwondo peringkat antarabangsa telah diadakan di Kluang, Johor. Kejohanan tersebut melibatkan beberapa buah negara seperti Hong Kong, Nepal, Bangladesh, China, India, Singapore, Indonesia, Korea dan Malaysia.

Atlit taekwondo SMK Dato’ Sulaiman yang terlibat dalam kejohanan tersebut ialah Putri Syazana, Mohd. Najib, Ayuni, Nur Arinasyairah, Aida Syahira dan Intan Syuhadah. Penyertaan mereka tidak menghampakan. Kesemua pulang dengan membawa pingat kemenangan masing-masing; 1 emas, 3 perak dan 8 gangsa. Para peserta kejohanan sekolah ini telah dibimbing oleh Madam Sherry dan diiringi oleh Cikgu Nooriati.

Para atlit taekwondo bersama guru pengiring Cikgu Nooriati.

Para atlit taekwondo bersama guru pengiring Cikgu Nooriati.

Pasukan taekwondo sekolah ini adalah yang julung kali ditubuhkan bermula Februari 2014 dengan guru penasihatnya iaitu Cikgu Ayu. Kesemua atlit sudah melibatkan diri dalam taekwondo sebelum Kelab Taekwondo sekolah ini ditubuhkan. Justeru penglibatan mereka memberi impak yang besar dalam mengharumkan nama Kelab Taekwondo dan nama sekolah ini di peringkat antarabangsa.

Berita oleh: Pn. Ayu Darlu

Kredit Foto: Madam Sherry

Advertisements
Categories: Peristiwa

Hari GERKO dan Keusahawanan

June 23, 2014 2 comments

image

DSC_1139 DSC_1146 DSC_1157 DSC_1179 DSC_1184 DSC_1186

Hari GERKO dan Keusahawanan telah diadakan di SMK Dato’ Sulaiman pada hari Sabtu, 21 Jun 2014.

Selain daripada aktiviti jualan oleh pelbagai gerai, sukan besar juga diadakan pada hari tersebut. Acara lintas langsung perbarisan telah membuka tirai hari GERKO. Kehadiran YDP PIBG sebagai perasmi majlis telah disambut dengan paluan kompang dan silat seni dari Persatuan Kompang SMKDS dan Persatuan Seni Silat Sunda Cimande.

Pelbagai pertandingan diadakan seperti pertandingan mewarna, pertandingan futsal, pertandingan gerai paling cantik, pertandingan perbarisan, pertandingan kawad kaki pasukan beruniform dan lain-lain.

Hari yang menghimpunkan tenaga dan dana ini telah diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Suatu keletihan yang berbaloi.

Categories: Peristiwa

Bengkel Penulisan Kreatif

January 24, 2014 2 comments

image

Satu kursus penulisan kreatif telah diadakan di sekolah ini pada 24 Januari 2014, bertempat di Bilik Gerakan II mulai jam 8.00 pagi.

Penganjur kursus ini iaitu Kelab Pusat Sumber dan Persatuan Bahasa Melayu amat berbesar hati menjemput seorang penulis tersohor untuk menjayakan kursus yang bermanfaat untuk bakal-bakal penulis junior ini.

image

image

Kursus ini telah disampaikan oleh seorang guru yang juga seorang ahli Persatuan Penulis Johor. Beliau ialah Pn. Rohaida binti Yon. Kursus ini dihadiri oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah ini.

Banyak pengisian yang diperolehi daripada kursus ini. Membaca dan menulis sangat berkait rapat. Seorang penulis yang baik banyak membaca, peka dengan persekitaran, memiliki daya pengamatan yang tajam dan mampu menyampaikan mesej dengan cara yang berkesan. Penulis juga mempunyai gaya penulisan yang berbeza. Namun begitu karya yang sedap dibaca ditulis oleh penulis yang berbakat.

Kursus ini telah berakhir dengan jayanya kira-kira jam 12.00 tengahari. Senyuman berbunga menguntum di bibir para peserta di akhir kursus ini sebagai tanda puas dapat meneguk sejuta ilmu bermanfaat dari penceramah. 

Jika ingin mencabar diri, soalan ini mungkin boleh ditanya dalam diri masing-masing; Siapakah nanti yang akan muncul dengan karya-karya kreatifnya sebagai aplikasi ilmu yang telah dipelajari? Kita tunggu dan lihat.