Archive

Author Archive

Program ‘Go Green’ Prauniversiti

Pada 15 Januari 2017, sebanyak empat batang pokok buschida telah ditanam di sekitar kawasan prauniversiti untuk menghijaukan, meredupkan dan menceriakan kawasan sekolah. Seiring dengan matlamat negara untuk melindungi alam sekitar, diharap agar┬ápenanaman pokok-pokok buschida ini dapat menerapkan semangat melindungi alam sekitar kepada warga sekolah SMK Dato’ Sulaiman.1-11-2

Categories: Peristiwa

Munich – Batu Pahat Students Meetup 2017

On 9th January 2017, a meetup between students from Batu Pahat and Munich was held at SMK Datin Onn Jaafar. Three of our Form 6 students participated in this meetup. They were accompanied by Mr. Mohd Amin Bin Sairan. The aim of this meetup was to share their learning experiences as well as their culture and lifestyles. Students from all over Batu Pahat had the opportunity to talk to two students from Munich, Germany. It was a valuable experience for our students since they had conversations in English. The sharing session started at 11.00 am until 1.00 pm. The students were excited to be part of the event and responded to the conversations well.

Categories: Peristiwa

Program Memperkasakan Kelas – Kelas Tingkatan 6

img_0695

Pada 6 Januari 2017, pelajar –┬ápelajar dan guru – guru Tingkatan 6 Sekolah Menengah Dato’ Sulaiman telah memulakan program Memperkasakan Tingkatan 6.

Seawal jam 8.00 pagi, program ini bermula dengan pembahagian tugas – tugas membersihkan dan menceriakan kelas masing – masing. Kelas – kelas juga dicat dengan warna – warna baru yang ceria. Semua guru dan pelajar telah memberikan sepenuh tenaga dan bekerjasama dengan baik demi menaik taraf kelas – kelas Tingkatan 6.

Pada pukul 12.00 tengah hari, program ini ditangguhkan untuk memberi laluan kepada guru – guru dan pelajar – pelajar lelaki untuk menunaikan solat Jumaat.

Aktiviti membersihkan dan menceriakan kelas ini adalah permulaan program Memperkasakan Tingkatan 6. Aktiviti – aktiviti yang seterusnya akan dipaparkan di laman web pada masa yang terdekat.

Categories: Peristiwa