Archive

Author Archive

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM & STPM 2016

November 7, 2016 Leave a comment

Kami warga SMK Dato’ Sulaiman mengucapkan

Selamat Menduduki Peperiksaan kepada calon SPM & STPM 2016.

Didoakan semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

 photo_2016-11-07_08-29-37

photo_2016-11-07_08-29-46

photo_2016-11-07_08-29-51

photo_2016-11-07_08-30-02

photo_2016-11-07_08-30-10

photo_2016-11-07_08-29-20

Advertisements
Categories: Peristiwa

Salam Aidiladha 1437H

September 12, 2016 Leave a comment

aidiladha

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya AidilAdha 1437H kepada semua pengunjung blog ini. Mudah-mudahan kita bersama memperolehi keberkatan dan kerahmatan daripada Allah s.w.t.
Categories: Peristiwa

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

May 18, 2014 1 comment
” GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI ”  
Pertandingan mewarna antara guru-guru dan para pelajar.
Persembahan tarian kipas dari pelajar cina perempuan
 Pertandingan menganyam ketupat terbuka guru-guru dan staf.
 Pelajar-pelajar membuat persembahan nyanyian nasyid.
 Pertandingan guru mengupas kelapa..
Pengetua Tn.Hj.Armas juga turut serta dalam memeriahkan suasana sambutan Hari Guru SMKDS.
Jamuan meraikan sambutan Hari Guru.
Categories: Peristiwa

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMK Dato’ Sulaiman Berhad

November 16, 2011 Leave a comment

Oleh : Nuraina Salamon

Baru-baru ini, Koperasi SMK Dato’ Sulaiman Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 37 bertempat di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman. Mesyuarat ini telah diadakan pada 9 November 2011 dan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu bermula pada jam 11.00 pagi dan dirasmikan oleh Encik Nazlan Basar selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi mewakili Puan Hjh Noriah Nasir sebagai pengerusi koperasi.

Setiausaha koperasi Tn. Hj. Mohd Lazim Rahmat telah membentangkan laporan tahunan koperasi dan mengesahkan laporan minit mesyuarat yang lalu. Laporan tahunan beserta laporan kewangan telah dikemukakan dan dterima semua ahli koperasi. Anggaran belanjawan bagi tahun 2011 telah dibentang Cik Nor Ashikin Miskan selaku bendahari koperasi dan telah diterima dah disahkan.

Agenda seterusnya ialah pemilihan Ahli Lembaga Koperasi serta pemilihan Juruaudit Dalaman yang dipilih daripada kalangan pelajar sendiri. Segala usul yang dikemukakan oleh ahli- ahli koperasi yang hadir dipersetujui sebulat suara. Mesyuarat Agung tersebut telah berakhir pada pukul 1.00 petang dengan jayanya.

Categories: Peristiwa

Anugerah Kecemerlangan KOKO

November 15, 2011 Leave a comment

Oleh: Maizatul Farhana

Pada hari Jumaat yang lalu, 4 November 2011, SMK Dato’ Sulaiman telah mengadakan Hari Penyampaian Anugerah Kecemerlangan KOKO. Anugerah ini sememangnya sering diadakan pada setiap penghujung tahun. Acara ini telah diadakan di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman.

Penyampaian Anugerah ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah banyak berjasa dalam aktiviti kelab, persatuan dan permainan serta menaikkan lagi mana sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.

Majlis ini bermula pada jam 7.30 hingga 10.00 pagi serta telah dirasmikan oleh puan pengetua, Pn. Noriah binti Nasir. Majlis ini seterusnya diserikan lagi dengan ucapan oleh En. Abu Zayin sebagai salah satu orang kuat dalam acara sukan setiap tahun dan disusuli dengan ucapan puan pengetua.

Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu telah pun tiba iaitu acara penyampaian anugerah kepada para pemegang anugerah. Majlis ini berlangsung dengan lancar dan tamat tepat jam 10.00 pagi dan papr pelajar bersurai. Semua pelajar dibenarkan rehat selepas majlis ini tamat dan kemudiannya mereka diminta untuk masuk ke dalam kelas dan belajar seperti biasa.

Categories: Ko-Kurikulum

Majlis Persaraan Sekalung Budi

November 15, 2011 Leave a comment

oleh: Maizatul Farhana

Pada 10 November, Khamis yang lalu, SMK Dato’ Sulaiman telah mengadakan sebuah Program Sekalung Budi yang menunjukkan bahawa pihak sekolah berasa berat hati atas persaraan dua orang guru yang cukup banyak berjasa kepada sekolah ini sepanjang perkhidmatan mereka di sini. Dua orang guru yang dimaksudkan ialah Puan Hjh. Azmah binti Harun yang lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Azmah dan Tuan Hj. Ahamad bin Daiman yang juga lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Ahamad Daiman.

Tepat jam 11.30 pagi, semua pelajar telah diarahkan untuk berkumpul di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman. Manakala, pada pukul 12.00 tengahari, persembahan silat, perbarisan pengawas, Selawat ke atas Nabi S.AW dan persembahan ghazal telah dijalankan sebagai tanda permulaan Majlis Persaraan ini.

Seterusnya, sesi ucapan pengacara, iaitu Pn. Rosmawati binti Abdul Aziz dan Pn. Hjh. Nurah binti Othman, dimulakan. Kemudian, doa telah dibacakan oleh Ustaz Mesri bin Abdullah dan kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan pelajar serta ucapan puan pengetua, Puan Hjh. Noriah binti Nasir.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan Multimedia Pn Hjh. Azmah binti Harun oleh Pn Ayu binti Darlu. Seterusnya, Pn Hjh. Azmah telah dijemput ke atas pentas sebagai guru yang diraikan untuk memberi ucapan. Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan penyampaian hadiah oleh wakil-wakil kelab,pelajar dan guru-guru untuk diberikan kepada Pn Hjh. Azmah.

Kemudian, persembahan Multimedia Tn Hj. Ahamad bin Daiman pula telah ditayangkan sebagai tontonan para pelajar dan guru-guru. Seterusnya, Tn Hj. Ahamad juga telah dijemput ke atas pentas untuk memberikan ucapan dan disusuli dengan penyampaian hadiah untuk diberikan kepada Tn Hj. Ahamad.

Sebelum majlis ini berakhir, Tn Hj. Ahamad telah menyerahkan sebuah tanda penghargaan kepada puan pengetua berupa sebuah lukisan hasil tangan satu-satunya puteri beliau yang kini seorang pelukis. Akhir sekali, kedua-dua orang guru yang diraikan ini telah diarak keluar dari Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman dan diiringi dengan koir oleh guru-guru dan para pelajar. Majlis ini tamat tepat jam 2.00 petang.

Di akhir kata, Selamat Bersara, Cikgu….

Categories: Peristiwa

Anugerah bagi Pusat Sumber

October 3, 2011 Leave a comment

Oleh: Maizatul Farhana
Sepanjang tahun 2011, Pusat Sumber Sekolah khusus perpustakaan telah membuat penilaian kepada pengunjung setia dalam kalangan pelajar dan guru, juga kelas-kelas yang kerap mengunjungi perpustakaan.

Puan pengetua, Pn. Hjh Noriah binti Nasir telah dijemput untuk menyampaikan hadiah berupa sijil penghargaan bagi para pemenang.
Dua orang penerima Anugerah Peminjam Terbanyak tahun 2011 merupakan pelajar Tingkatan 3 iaitu Siti Norhanani binti Mohd Sidek dari 3 PMR 1 dan Ezahira binti Baharom dari 3 PMR2.

Bagi anugerah paling kerap mengunjungi perpustakaan kategori guru telah diberikan kepada En Mohd Jailani bin Asrah yang merupakan guru sidang petang.

Manakala anugerah paling kerap mengunjungi Perpustakaan kategori kelas disandang oleh kelas Tingkatan 2RK1. Untuk makluman, Pusat Sumber Sekolah kita telah menerima penarafan 5 bintang daripada Bahagian Teknologoi Pendidikan pada tahun ini.Pn Ayu binti Darlu, Guru Media dan Perpustakaan telah dijemput untuk menyampaikan sijil penarafan kepada Pn Pengetua kita, Pn Hjh Noriah binti Nasir.

Categories: Perpustakaan, Pusat Sumber