Archive

Author Archive

Pesta Pantun Peringkat Negeri Johor : SMKDS Raih Tempat Ketiga Mewakili Daerah Batu Pahat

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Rosmawati Abdul Aziz

850325739_98859

Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor telah berlangsung di SMK Taman Damansara Alif, Johor Bahru pada 6, 7 dan 8 April 2015 yang lalu. Pasukan pantun SMK Dato’ Sulaiman yang telah mendapat Johan di peringkat daerah telah mewakili Daerah Batu Pahat dalam pesta pantun tersebut. Setelah lebih 15 tahun tidak berjaya mendapat tempat, tahun 2015 nyata memberi tuah yang bukan sedikit kepada pasukan pantun SMKDS apabila berjaya melangkah ke separuh akhir dan seterusnya berjaya meraih tempat ketiga.

850515606_11318

Menampilkan wajah-wajah sama di peringkat daerah, pasukan pantun ini telah mendapat bimbingan oleh Pn. Hjh. Rosmawati binti Abdul Aziz. Pn. Zalina binti Amat Rosman beserta wakil PPD turut mengiringi pasukan SMKDS dalam pertandingan tersebut. Segunung tahniah diucapkan kepada pasukan pantun SMKDS dan guru-guru yang terlibat kerana telah berjaya melakar sejarah menempatkan diri dalam kalangan 3 pasukan teratas Pesta Pantun Peringkat Negeri bagi tahun 2015. Semoga tahun hadapan akan membawa perkhabaran yang lebih indah lagi. InsyaAllah.

850325286_104790

Categories: Peristiwa

Festival Nasyid Daerah Batu Pahat : Kumpulan Nasyid Al -Haqque SMKDS Sandang Tempat Ketiga

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Khir Md Amin

850325516_104493

Pada 15 April 2015 yang lalu SMK Dato’ Sulaiman telah menjadi tuan rumah Festival Nasyid Sekolah-sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. SMKDS diwakili oleh sekumpulan pelajar lelaki Tingkatan 3 dan 4 yang menggelarkan diri mereka Al-Haqque telah berjaya merebut tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Al-Haqque yang telah mendapat bimbingan daripada Ustaz Khir bin Md Amin membawakan lagu bertajuk ‘ Al-Quran Kalamullah’ dalam acara yang berakhir kira-kira jam 3 petang itu. Kumpulan Al-Haqque terdiri daripada :

  • Muhammad Nurariffin bin Othman
  • Muhammad Khairul Iman bin Abd Rahman
  • Muhammad Irfan bin Md Nordin
  • Hamizun bin Hamzah
  • Muhammad Aiman bin Azizan
  • Muhammad Syafiq bin Mohd Fadzil
  • Mohd Amin bin Mohd Ali
  • Khairul Zharif bin Ismail

850513045_10701 850519155_9919

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang dan seluruh jawatankuasa majlis yang terlibat menganjurkan festival nasyid peringkat daerah ini. Berikut adalah senarai keputusan pertandingan :

  • Johan : SMK Dato’ Syed Esa
  • Naib Johan : SMA Parit Sulong
  • Ketiga : SMK Dato’ Sulaiman

850325219_104578 850515434_10916

Categories: Peristiwa

Perkhemahan Pengakap Agonoree Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Azilah Musa

850518517_2212

Perkhemahan Pengakap Agonoore Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Kem PLKN Sekakap, Mersing pada 29 Mac sehingga 2 April 2015 yang lalu. 2 orang pelajar Pendidikan Khas SMK Dato’ Sulaiman, Siti Salwa binti Ismail dan Siti Aisah binti Jailani bersama seorang guru pengiring, Cik Nor Azila binti Musa telah menyertai perkhemahan tersebut.

850324894_96780 850512643_3166 850513259_3009 850514880_3096 850515294_3001 850515435_2995

Categories: Peristiwa

Pelajar Pra-U Sertai Ceramah Motivasi : Menuntut Ilmu Satu Ibadat

April 14, 2015 3 comments

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Rohaizah Ali

850518909_2787

Pada 6 April 2015 yang lalu pelajar-pelajar Pra-U telah menyertai program motivasi bertajuk Menuntut Ilmu Satu Ibadat. Program motivasi tersebut telah diadakan di Astana Ma’wa bermula jam 8 pagi hingga 4 petang. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr. Noor Azah binti Samsudin, Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dari UTHM.

850325024_96627 850325723_97321 850514895_3346 850514970_3364

850325748_97884       850514257_3435       850515432_3269

Categories: Peristiwa

Kejohanan Sukan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Johor : Atlet SMKDS Tuai 8 Emas

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Azilah Musa

850515283_3070

Kejayaan adalah milik mereka yang mahukan kejayaan.

We don’t have to listen too much to people who tell us we can’t do something.

Kejohanan Sukan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor telah berlangsung pada 13, 14 dan 15 Mac 2015 yang lalu bertempat di SM Sains Sembrong, Kluang, Johor. Atlet SMKDS telah berjaya membawa pulang 8 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa. Setinggi tahniah diucapkan kepada keseluruhan pasukan kerana telah membawa kejayaan yang besar kepada SMKDS dan Daerah Batu Pahat khususnya. Pelajar-pelajar ini telah diiring oleh Cik Nor Azila binti Musa.  Berikut adalah senarai pingat dan para pemenang :

  • Shahrol Nizam bin Omar : 5 Emas – (100m, 200m , 400m, 4 x 100m, 4 x 400m)
  • Mohamad Amerul Azmee bin Nurslani : 2 Emas – ( 4 x 100m, 4 x 400m)  dan 1 Perak – (200m)
  • Amy Farahin bin Abdullah : 1 Emas – (Lompat Jauh) dan 1 Perak – (4 x 100m)
  • Nur Aslinda binti Nor Hassan : 1 Perak – (4 x 100m) dan 1 Gangsa- (Lompat Tinggi)

850324376_96879  850518878_2361   850514869_2915  850518776_2101

Categories: Peristiwa

Hari Anugerah Kecemerlangan 2014

Oleh : Mohd Nor Adnan

Foto : Mohd Nor Adnan

DSC_0107 DSC_0103

Pihak sekolah bersama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Dato’ Sulaiman telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2014 pada Hari Sabtu, 4 April 2015 bertempat di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman. Majlis ini diadakan bersama dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38.

Seramai 129 orang pelajar telah menerima piala dan Sijil Kecemerlangan masing-masing yang diperolehi sepanjang tahun 2014 sama ada di dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Dua orang jurulatih sekolah, melalui program KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) juga telah dianugerahkan dengan Anugerah Jurulatih Cemerlang. Mereka ialah jurulatih silat dan taekwan-do.

Pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM, selain menerima sijil dan piala, mereka juga dianugerahi hadiah berbentuk wang tunai sumbangan PIBG SMK Dato’ Sulaiman.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Dr. Roslinda binti Jaafar, seorang Pakar Perubatan yang bertugas di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan bekas pelajar sekolah ini (1991 – 1995). Beliau adalah merupakan seorang pakar di bidang Patalogi (Mikrobiologist Klinikal) dan bercita-cita melanjutkan pelajarannya di dalam bidang  sub-kepakaran Bakterialogi. Anak kelahiran Kg. Parit Gantong ini juga merupakan seorang atlet sekolah sewaktu menjadi pelajar di sekolah ini. Beliau pernah menjadi Johan acara Merentas Desa 3000 m dan mewakili daerah Batu Pahat ke peringkat MSSJ pada tahun 1995.

850324091_96555 850324588_95869

Categories: Peristiwa

Pertandingan Semarak Islam Daerah Batu Pahat : Pelajar Pendidikan Khas Turut Cemerlang, Kedua Tilawah dan Ketiga Hafazan

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Yatim Sekak, Maslila Taslim

850519002_2376

Pada 11 Mac 2015 yang lalu, Pertandingan Semarak Islam Peringkat Daerah Batu Pahat telah diadakan di SMK Yong Peng. Pertandingan ini merupakan acara tahunan bagi pelajar-pelajar pendidikan khas. Peserta-peserta SMKDS telah diiring oleh Tn. Hj. Mohd Yatim bin Sekak dan Pn. Maslila binti Taslim. Peserta SMKDS telah berjaya memenangi tempat kedua kategori Tilawah Al-Quran dan tempat ketiga kategori Hafazan Al-Quran. Tahniah diucapkan. Berikut adalah senarai pemenang :

  • Mohd Zikri bin Zakaria – Kedua Tilawah Al-Quran
  • Mohammad Ariff bin Mohammad Johani – Ketiga Hafazan Al-Quran

850324887_96238

Categories: Peristiwa

Pertandingan Pengucapan Awam Bahasa Melayu Pra-U Daerah Batu Pahat : Peserta SMKDS Muncul Johan

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Mazlyana Buhari

IMG-20150403-WA0000   IMG-20150403-WA0001

Pada 1 April 2015 bersamaan hari Rabu yang lalu, SMKDS melalui Cik Mazlyana Buhari dan Pn. Hjh. Nurah Othman telah menghantar 2 orang peserta ke Pertandingan Pengucapan Awam Bahasa Melayu Sempena Karnival Tingkatan 6 Daerah Batu Pahat yang diadakan di SMK Munshi Sulaiman.

Pelajar Pra-Universiti, Saudari Nor Aisyah binti Hairuzaman telah mendapat Johan bagi kategori perempuan manakala Saudara Hafiz bin Mohamed telah mendapat tempat keenam dalam pertandingan tersebut. Pelajar-pelajar ini telah dibimbing oleh Pn. Hjh. Rosmawati binti Abdul Aziz. Tahniah diucapkan atas kemenangan dan usaha yang ditunjukkan.

IMG-20150403-WA0002   IMG-20150403-WA0003

Categories: Peristiwa

Dramatis SMKDS Tunjuk Bakat, Raih Tempat Ketiga Pertandingan Drama KOMSAS Daerah Batu Pahat

Oleh : Lyana Kamarudin, Zalina Amat Rosman

Foto : Zalina Amat Rosman, Sahrul Nizam

Barisan pelakon dan krew drama 'Tiang Cengal Dinding Sayung'

                         Barisan pelakon dan krew drama ‘Tiang Cengal Dinding Sayung’

Turut menggondol Anugerah Pelakon Perempuan Terbaik dan

Anugerah Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik

Pertandingan Drama Komponen Sastera (KOMSAS) Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat telah diadakan di Dewan Bestari, SMK Dato’ Sulaiman pada 30 Mac 2015 yang lalu. Seramai 15 orang pelajar terlibat dalam pasukan drama ini mendapat bimbingan oleh Pn. Zalina binti Amat Rosman, En. Mohd Yusof bin Abu Bakar, Pn. Noor Leha binti Mamhakim, Cik Hjh Siti Mariam binti Abdullah, Pn. Mazlita binti Man, Pn. Kartini binti Ahmad dan En. Mohd Khir bin Md Amin.

IMG-20150330-WA0006

Membawakan tajuk drama ‘Tiang Cengal Dinding Sayung’ daripada Teks Tingkatan 5 Antologi Dirgahayu Bahasaku, pasukan drama SMKDS yang kali pertama menyertai pertandingan ini dengan pemilihan pelakon secara bidang terjun dan tangkap muat, membuktikan dimana ada kemahuan, di situ ada jalan apabila memberikan lakonan yang bertenaga dan penuh penghayatan.

Menjalani latihan intensif selama 10 hari sebelum pertandingan, berkat kesungguhan para pelakon dan krew telah berjaya meruntun jiwa penonton sehingga ramai yang menitiskan air mata seterusnya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Berikut adalah senarai ahli pasukan drama SMKDS :

  • Azlin binti Othman sebagai Mak Jimah
  • Muhd Azrul Aiman bin Mat Yusof sebagai Sani
  • Najhan Amiruddin bin Nazlan sebagai Sabri
  • Muhd Fahmi bin Mohd Anuar sebagai Shahrul
  • Ain Farhadhia binti Ahmad Daud sebagai Sabariah
  • Siti Noraisah binti Md Zainudin sebagai Salmah
  • Nurhafiza binti Bakri sebagai Wan Malini
  • Muhd Irfan bin Md Nordin sebagai Pak Man
  • Noor Anis Adila binti Omar sebagai Mak Jah
  • Muhamad Dinnie bin Mohd Husaini sebagai Pak Jumaat
  • Muhd At-Tirmuzi bin Sudin sebagai Man Bengap
  • Nurkamalia binti Nor Rahim (Pengarah)
  • Muhd Najjib bin Johar (Pereka Latar/Prop)
  • Nurhazwani binti Marsila (Penata Muzik)
  • Ina Norina binti Esa (Kostum & Solekan)
IMG-20150403-WA0011

Azlin (kiri) Pelakon Perempuan Terbaik, Ain (kanan) Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik

Categories: Peristiwa

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat : Atlet SMKDS Cemerlang Bawa Pulang 9 Emas, 4 Perak, 4 Gangsa

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Azilah Musa

850513766_3138

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Daerah Batu Pahat telah diadakan pada 25 dan 26 Februari 2015 yang lalu bertempat di Stadium UTHM dan SMK Dato’ Syed Esa. Atlet SMKDS telah beraksi dengan cemerlang dan membawa pulang 9 Emas, 4 Perak dan 4 Gangsa. Tahniah kepada Cikgu Jailani bin Katman, Cikgu Nor Azila binti Musa, Cikgu Norziehan binti Rosly dan Cikgu Ain Azura binti Moksin yang turut mengiringi kontinjen Pendidikan Khas SMKDS. Pihak sekolah mengucapkan jutaan tahniah atas pencapaian hebat ini. Berikut senarai kutipan pingat dan penyumbangnya :

  • Shahrol Nizam bin Omar : Emas-100m, Emas-200m, Emas-400m
  • Mohamad Amirull Azmee bin Nurslani : Emas-L/Tinggi, Perak-200m, Gangsa-L/Jauh
  • Amy Farahin binti Abdullah : Emas-200m, Emas-Lompat Jauh, Perak-100m
  • Nor Aslinda binti Nor Hassan : Emas-Lompat Tinggi, Gangsa-100m
  • Mohamad Firdaus bin Ahmad : Perak-200m
  • Nor Amanina binti Abdullah : Emas-100m cerebral palsy, Emas-bola lisut
  • Siti Murni binti Marseri : Perak-400m, Gangsa-800m
  • Nur Syaherra binti Maarof : Gangsa-Lontar peluru
  • Amirul Amir bin Abas : Saguhati-100m cerebral palsy

850514459_3055   850325001_97262

Categories: Peristiwa

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38 : Wajah Lama dan Baru Perkukuh Jawatankuasa

Oleh : Mohd Nor Adnan

Foto : Mohd Nor Adnan

850519572_1722Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) kali ke-38 telah berlangsung pada Hari Sabtu, 4 April 2015 di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman. Mesyuarat yang dihadiri oleh kira-kira 350 orang ibu bapa, penjaga dan guru itu bermula jam 8.30 pagi. Mesyuarat yang agak panas dengan isu-isu semasa itu berakhir pada jam 11.00 pagi.

Mesyuarat Agung PIBG SMKDS kali ini dirasmikan oleh Dr. Roslinda binti Jaafar, seorang Pakar Perubatan yang bertugas di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan bekas pelajar sekolah ini (1991 – 1995).

850325834_96623  850325935_96966 850512499_2592  850514384_2419 850518154_1828

Di dalam mesyuarat agung ini juga  telah diadakan pemilihan Ahli Jawatankuasa baru (dwi-tahunan – 2015/2016 dan 2016/2017) menyaksikan kehadiran beberapa muka baru menganggotai badan ini, sementara beberapa AJK lama masih mengekalkan kedudukan.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa yang baru dilantik melalui pemilihan terbuka (ibu bapa) dan lantikan sekolah :

PIBG20152016

Categories: Peristiwa

Pendidik SMKDS Pentingkan Kesihatan, Sertai Seminar Kanser Oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Ab Zayin bin Abdullah

850322038_31627

Pada 26 Mac 2015, SMKDS telah menjemput pegawai daripada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk berkongsi maklumat bagi menanam kesedaran tentang ancaman kanser kepada nyawa manusia. Para pendidik SMKDS tidak melepaskan peluang untuk turut serta di dalam seminar ringkas tetapi padat dengan maklumat, tips dan perkongsian yang cukup menginsafkan dan mewujudkan kesedaran itu.

Pegawai daripada MAKNA, Encik Hazwan Hafiz mengingatkan para pendidik agar sentiasa menitikberatkan aspek pemakanan dan gaya hidup bagi menjamin kesihatan diri. Beliau turut menayangkan video seorang pelajar Tingkatan 2 yang merupakan penghidap kanser tisu di Pagoh, Muar. Video tersebut memaparkan pihak MAKNA bersama pihak Hospital Muar dan individu-individu lain cuba membawa pesakit kanser tersebut daripada rumahnya yang agak usang ke Hospital Muar untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik. Apa yang paling meruntun hati para pendidik yang menyaksikannya adalah apabila mengetahui akhirnya pesakit tersebut telah meninggal dunia selepas 30 minit tiba di hospital.

Diakhir slot, para pendidik yang berhajat membuat potongan gaji secara terus untuk mengisi dana MAKNA bagi membiayai pesakit kanser di Malaysia khasnya bagi golongan yang tidak berkemampuan mengisi borang-borang yang disediakan dan diserahkan kepada pegawai MAKNA.

850324713_90086 850322987_33278

Categories: Peristiwa

Bahas Ala Parlimen Pra Universiti : SMKDS Raih Naib Johan

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Zalina Amat Rosman, Rosmawati Aziz

850513712_1442

Pada 25 Mac 2015 yang lalu, pelajar-pelajar Pra Universiti SMKDS telah menyertai Pertandingan Bahas Ala Parlimen di SMK Datuk Menteri. Mensasarkan mara ke peringkat separuh akhir, tuah pasukan bahas SMKDS nampaknya lebih baik daripada itu apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir dan terpaksa akur dengan kehebatan pembahas tuan rumah. Pembahas-pembahas SMKDS yang kali pertama menyertai pertandingan ini tetap bangga dan berpuas hati mendapat Naib Juara. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang melatih dan membimbing iaitu Pn. Zalina Amat Rosman dan Pn. Hjh. Rosmawati Abdul Aziz. Pembahas-pembahas SMKDS adalah seperti berikut :

  • Mohd Hisyamuddin bin Md Musa (6 Karisma)
  • Farhana Redztikah binti Mahadi (6 Karisma)
  • Siti Aisah binti Abdullah (6 Karisma)
  • Atiqah Hajar (6 Bestari)

850514566_1542  850324111_95201 850325578_96057

Categories: Peristiwa

Pelajar SMKDS Sertai Apresiasi Bahasa dan Sastera Bersama DBP Wilayah Selatan

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Ab Zayin Abdullah

850321088_26304

Apresiasi Bahasa dan Sastera Bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan telah diadakan di Astana Ma’wa, SMK Dato’ Sulaiman pada 18 Mac 2015 iaitu pada cuti sekolah yang lalu. Kursus yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Seri Medan ini telah disertai oleh 60 orang pelajar SMKDS.

850319322_28017  850322280_26360

850325427_84232     850325531_84233

Categories: Peristiwa

SMKDS Pertahan Gelaran Juara Pesta Pantun Daerah Batu Pahat

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Rosmawati Aziz

850324099_95357Pasukan Pantun SMKDS berjaya mengekalkan kejuaraan bagi edisi 2015 Pertandingan Pesta Pantun Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat yang diadakan di SMK Dato’ Bentara Luar pada 11 dan 12 Mac 2015 yang lalu. Pemantun pertama SMKDS juga telah dinobat sebagai pemantun terbaik dalam pertandingan tersebut. Pasukan ini telah mendapat bimbingan dan latihan intensif daripada jurulatih utama yang juga merupakan guru SMKDS sendiri iaitu Pn. Hjh. Rosmawati binti Abdul Aziz. Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas pencapaian membanggakan ini. Semoga kecemerlangan ini berjaya dikekalkan di peringkat negeri pula. InsyaAllah. Pemantun-pemantun SMKDS terdiri daripada :

  • Nursyaza binti Mohd Robani (4 Karisma)
  • Siti Nur Ayuni binti Saharudin (4 Karisma)
  • Nurnasuha Najwa binti Mohd Jais (3 Karisma)
  • Nur Najiha Aisyah binti Khairul Anuar (3 Karisma)
  • Nur Mahira binti Mohd Robani (2 Karisma)

850319986_21835 850320887_24049 850322045_21359

850513826_1358     850512198_1498

Categories: Peristiwa